CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 62|Reply: 1

[Perak] Rebah, meninggal dunia selepas tunduk ambil bulu tangkis

[Copy link]
Post time 15-1-2022 03:22 PM | Show all posts |Read mode

Mangsa meninggal dunia di gelanggang badminton di di Dewan Badminton Kawasaki, Jalan Pokok Assam, Taman Raja Idris di sini, semalam. Foto Ihsan Pembaca

Taiping: Lelaki rebah dan meninggal dunia selepas mengambil serta menyerahkan bulu tangkis kepada rakannya ketika bermain badminton di Dewan Badminton Kawasaki, Jalan Pokok Assam, Taman Raja Idris di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, pihak polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada 8.50 malam dan sebaik tiba di lokasi, pihaknya mendapati mangsa yang lengkap berpakaian sukan itu terbaring di lantai gelanggang.

Menurutnya, pemeriksaan pada mangsa tidak menemui sebarang unsur jenayah dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Katanya, mangsa dikenal pasti sebagai Lim Thian Meng, 47, dan maklumat dengan rakannya memaklumkan mangsa bermain badminton bersama rakannya pada 8.30 malam.

"Mangsa dikatakan menunduk untuk mengambil bulu tangkis dan diserahkan kepada rakan dan terus rebah serta tidak sedarkan diri.

"Seorang pemain yang berada di lokasi kemudiannya menghubungi Hospital Taiping dan pemeriksaan petugas ambulans yang tiba tidak lama kemudian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, maklumat daripada ahli keluarganya mengesahkan mangsa ada menghidap penyakit darah tinggi dan mendapatkan rawatan di Hospital Taiping.

"Mayatnya dibawa ke Hospital Taiping, manakala proses bedah siasat akan dijalankan selepas keputusan ujian Covid-19 diperolehi," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 05:09 PM | Show all posts
yg kwn2 p tanggal kasut pasaipa plak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Forum Hot Topic



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

25-1-2022 03:49 AM GMT+8 , Processed in 0.073092 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list