CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 454|Reply: 2

[Terengganu] Ramai ahli KWSP hadapi beban kewangan jika benar pengeluaran RM10,000 lagi

[Copy link]
Post time 15-1-2022 03:20 PM | Show all posts |Read mode

Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz bertanya sesuatu kepada pengunjung ketika hadir mengadakan lawatan di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kelantan. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR

Kota Bharu: Kebenaran pengeluaran tambahan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh menyebabkan lebih ramai ahli yang bersara di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, hampir separuh daripada ahli KWSP mempunyai simpanan kurang RM10,000 dengan 55 peratus daripadanya adalah Bumiputera.

Katanya, lebih membimbangkan apabila 79 peratus daripada ahli KWSP yang mempunyai simpanan kurang RM1,000 juga adalah Bumiputera.

"Jika kita membenarkan keluaran tambahan (KWSP) ini sepertimana yang dikaji, ia akan menyebabkan kemerosotan berterusan simpanan persaraan ahli serta menyebabkan beban yang besar kepada seluruh Keluarga Malaysia di masa depan terutama jika kegawatan ekonomi berlaku.

"Saya juga ingin menjamin bahawa kerajaan peka akan masalah rakyat dan pelbagai pendekatan diusahakan bagi memelihara kebajikan terutamanya golongan B40 dan M40," katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan di Pusat Transformasi Bandar (UTC), di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan sebanyak 97.1 peratus atau 21,524 individu memerlukan pengeluaran i-Citra KWSP sebanyak RM10,000 secara sekali bayar bagi meringankan beban kehidupan, ketika ini.

Dapatan itu diperoleh melalui Kajian Awam Pengeluaran KWSP i-Citra yang dibuat Pergerakan Pemuda Umno pada 11 hingga 12 Januari lalu menggunakan kaedah bancian secara maya.

Pengerusi Biro Penyelidikan Pemuda Umno Azril Rizal Yusof Sarit berkata, menerusi bancian berkenaan, faktor seperti mahu membaiki rumah akibat banjir, bebanan hutang, modal runcit dan tabungan kecemasan menjadi antara alasan untuk pengeluaran itu.

Mengulas mengenai hasil bancian terbabit, Tengku Zafrul berkata, beliau tidak mengetahui bagaimana cara bancian berkenaan dilakukan.

"Setiap apa keputusan yang dibuat oleh kerajaan perlu dipertimbangkan demi kepentingan rakyat bagi tempoh jangka pendek dan juga jangka panjang.

"Malah, perkara ini pernah disebut oleh Perdana Menteri serta pakar-pakar lain di dunia," katanya.

Dalam perkembangan lain, Tengku Zafrul berkata, dalam Bajet 2022 ini, lebih RM31 bilion dikhususkan untuk subsidi bantuan dan juga insentif bagi mengurangkan kesan peningkatan kos sara hidup rakyat.

"Bagi terus menjamin kesejahteraan rakyat, menerusi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), kerajaan sudah memperuntukkan RM8.2 bilion kepada 9.6 juta penerima BKM," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2022 05:15 PM | Show all posts
simpanan kurang RM10,000 dengan 55 peratus daripadanya adalah Bumiputera.


kerajaan bleh jamin ka umuq bersara duit 10k yg tggal akan jd 100 ribu??entah2 umuq 55 ada 15k ja
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 05:52 PM | Show all posts
musangbodoh replied at 15-1-2022 09:15 AM
kerajaan bleh jamin ka umuq bersara duit 10k yg tggal akan jd 100 ribu??entah2 umuq 55 ada 15k ja ...

mcm tak lepas jer..
mean kena tunggu umur 50 acc2 55 acc1
harap boleh berjuta dah masa tu

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:18 AM GMT+8 , Processed in 0.069569 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list