CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 319|Reply: 0

[Pulau Pinang] Lelaki jatuh ketika berkayak ditemui lemas

[Copy link]
Post time 15-1-2022 03:04 PM | Show all posts |Read mode

Lelaki yang dilaporkan terjatuh ketika bermain kayak di sini, semalam, ditemui lemas. - Foto ihsan MARITIM Malaysia

GEORGETOWN: Lelaki yang dilaporkan terjatuh ketika bermain kayak, di sini, semalam ditemui lemas di 3.0 batu nautika berhampiran Jambatan Kedua Pulau Pinang.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed, berkata mayat Tony Liew, 48, dari Taman Alma Bukit Mertajam, ditemui dalam keadaan terapung pada jam 8.35 malam tadi.

Katanya, Maritim Malaysia menerusi Maritime Rescue Sub Center (MRSC) Langkawi menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 7.20 petang.

"Operasi Mencari dan Menyelamat (Carilamat) diaktifkan dengan mengatur gerak bot Kilat 4 ke lokasi bagi melakukan pencarian.

"Rakan mangsa mendakwa cuba menghubungi mangsa namun gagal sebelum menemui kayak yang dinaiki mangsa dalam keadaan terbalik di perairan Batu Kawan, pada jam 6 petang, mangsa tidak ditemui," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Abd Razak berkata, Operasi Carilamat turut membabitkan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Pasukan Polis Marin Batu Uban dan rakan mangsa yang turut berkayak di sekitar kawasan itu.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Jeti Batu Musang sebelum diserah kepada Balai Polis Batu Kawan bagi tindakan lanjut.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:48 AM GMT+8 , Processed in 0.048907 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list