CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 613|Reply: 16

[Tempatan] Tol Malaysia kena tiru cara Switzerland-tiada pondok tol, tiada lorong tol, tiada palang, juga tak guna Touch ‘n Go, Smart Tag atau RFID.korang setuju?

  [Copy link]
Post time 15-1-2022 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – Rakyat di Lembah Klang memang sudah terbiasa dengan laluan di lebuh raya bertol, paling perit adalah ketika membayarnya.

Jenis bayaran yang selalu digunakan adalah menggunakan kad Touch ‘n Go, Radio Frequency Identification (RFID) serta Smart Tag.

Namun paling menakutkan adalah ketika nilai dalam kad atau sistem bayaran tersebut tidak mencukupi.

Jadi apa yang berlaku mestilah ada yang mengundurkan kenderaan masing-masing sehingga kereta di belakangnya juga terpaksa lakukan benda yang sama.

Ada juga pemandu yang terpaksa turun dari kenderaan dan terpaksa ke pondok lebuh raya untuk menambah nilai kad masing-masing.

Satu perkongsian di Facebook Syed Nabil Syed Ahmad yang berkongsi kaedah bayaran sebuah tol di plaza tol di Tauranga, New Zealand.

Jelasnya di sana, tiada pondok tol, tiada lorong tol, tiada palang, juga tak guna Touch ‘n Go, Smart Tag atau RFID.

“Hanya guna kamera yang tangkap nombor plat kereta. Kamu pandu saja kereta macam biasa ikut jalan itu. Selepas lalu tol, kamu kena bayar secara dalam talian dalam masa lima hari. Kalau lambat bayar, akan didenda.

” Kalau selalu lalu tol pula, kamu boleh buat akaun online. Letak nombor plat kereta dan tambah nilai akaun sendiri siap-siap. Bila lalu sahaja, nanti dia automatik tolak sama Touch ‘n Go e-Wallet itu.

Cumanya kamu tak adalah debaran bila nak lalu plaza tol itu. Mana tahu ada baki kad tak cukup, bateri Smart Tag habis atau sticker RFID tak boleh dibaca, jadi sangkut dekat tol kena undur balik atau kena keluar kereta pergi tambah nilai di mesin pula,” jelasnya.

Katanya, dengan cara tersebut jalan pun tidak sesak macam nak keluar Plaza Tol Gombak masa nak balik kampung.

“Sekadar pandangan, mungkin PLUS dan konsesi tol di Malaysia boleh tiru dan aplikasikan,” katanya. – K! ONLINE.

https://www.kosmo.com.my/2022/01/15/tol-malaysia-kena-tiru-cara-switzerland/
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Setuju.  Tapi jgn la kau pergi marketkan low quality punya pulak.  Cerita pasa tak boleh baca la abis beteri la bagai tapi kalau sama je low quality problem juga.
Have to also take into account the 3rd world mentality of some malaysians juga.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by adm7 at 15-1-2022 03:12 PM

Kumpul byk2 denda+tol lepas tu tunggu kerajaan umum diskaun baru terhegeh-hegeh nak bayar. Akai ada?
Rentikan la bagi idea2 bingai mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
X payah buat gitu dgn mentaliti rakyat Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 03:16 PM | Show all posts
kenapa dorang tak buat kalau tak bayar saman, tak boleh renew lesen atau roadtax?
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Takyah berangan tinggi2 la.nak topap kad tng secara online pun negara kita masih belum mampu buat
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
uori replied at 15-1-2022 03:16 PM
kenapa dorang tak buat kalau tak bayar saman, tak boleh renew lesen atau roadtax?

Berani ke?
Ini Malaysia, kerajaan kena ikut cakap rakyat bukan rakyat kena patuh undang-undang
Dari pemimpin sampai ke rakyat sama korup
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Smgu ni mmg slow down nk masok tol booth sbb setiap hari ada je yg kete sgkut xcukup belen

Errr.. dah mula ke rfid kt kwsn luar lembah kleng neh? Meols baru tampal.. esok lalu hiway nti adakah meols antara insan yg ne gustan2
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Nape jauh nau ambik contoh, bukan kat Singapore pun gitu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Singapok dah lama buat
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa nak mansuhkan tunai pun berbondong2 kecaman.
Paksa je... Alah bisa tegal biasa.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
kite bkn tak boleh buat. boleh je. tp dlm mimpi jela. selagi byk yg korup atas sane. dgn mentaliti penduduk sini. berangan jela.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Rakyat mesia masih tahap pprt pemikiran. Pastu byk laa idea nak menipu. Sebb tu sistem kendiri macam ni tak boleh dilaksanakan.mungkin zaman anak cicit aku baru boleh merasa kot
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 08:10 PM | Show all posts
Hahahaha, pastu bersepah orang pakai no plate orang lain satgi.
Orang kite ni x leh caye.
That's why self checkout xleh buat kat Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Refer tu tajuk memang sangat setuju
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam spore
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Jauh sgt ke swiss....jiran sebelah kat sgpore dah berpuluh tahun guna mcm tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

25-5-2022 02:15 PM GMT+8 , Processed in 0.085768 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list