CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 250|Reply: 0

[Sabah] PPM tahan lelaki miliki rokok seludup

[Copy link]
Post time 15-1-2022 01:41 PM | Show all posts |Read mode


SELUDUP: Rokok seludup yang dirampas di bawa ke Markas Operasi PPM Tawau untuk tindakan selanjutnya.

TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) menahan seorang lelaki ketika sedang leka memindahkan rokok seludup ke dalam kenderaannya di Kawasan Kampung Jawa, di sini kelmarin.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Wilayah 4 Tawau, Deputi Superintenden Ridzauddin Selamat berkata pasukannya yang menjalankan pemantauan telah mengesan seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan.

“Semasa pemerhatian, suspek yang berumur 33 tahun itu sedang leka memindahkan beberapa kotak disyaki mengandungi rokok seludup ke dalam kenderaannya.

“Pasukan keselamatan bertindak menahan suspek untuk tujuan pemeriksaan ke atas barang yang cuba dimasukkan ke dalam kenderaan tersebut,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Katanya, hasil pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut menemukan beberapa rokok disyaki diseludup masuk dari negara jiran.

“Suspek dan semua barang rampasan termasuk kenderaan berkenaan dibawa ke Markas Operasi PPM Tawau untuk tindakan selanjutnya.

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM130,684.64 dan kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967,” katanya.

Ridzauddin berkata, PPM berharap masyarakat persisir pantai dapat menyalurkan sebarang maklumat sekiranya mendapati terdapat pihak yang cuba melanggar undang-undang negara di sekitar mereka.

“Maklumat boleh disalurkan melalui aplikasi whatsApp PPM wilayah 4 Sabah di nombor 013-2831197 atau berhubung terus ke Bilik Gerakan PPM Tawau di talian 089-983628,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/01/14
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:43 AM GMT+8 , Processed in 0.060303 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list