CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 49|Reply: 0

[Sabah] Dua rumah musnah dalam kebakaran di Tawau

[Copy link]
Post time 15-1-2022 01:39 PM | Show all posts |Read mode


MUSNAH: Dua rumah jenis tidak kekal musnah dalam kebakaran.

TAWAU: Dua buah rumah musnah dalam insiden kebakaran di Jalan Sin San Kampung Pasir Putih, di sini awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Julius John Stephen Jr berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.07 pagi.

“Susulan itu sepasukan 14 anggota dan pegawai bersama empat jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi memadam.

“Sebaik tiba, dua buah rumah jenis tidak kekal sudah musnah terbakar dan pasukan bomba terus bertindak menjalankan operasi memadam supaya api tidak merebak ke rumah yang lain,” katanya.

Katanya, pasukan bomba menghadapi cabaran semasa operasi tersebut kerana jalan masuk terlalu sempit sehingga jentera tidak dapat melalui lokasi kejadian.

“Pasukan bomba terpaksa menggunakan dua pancutan daripada sumber air sungai berhampiran untuk operasi memadam,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.
Julius berkata, pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan lokasi kejadian selamat sebelum operasi ditamatkan pada jam 4.47 pagi.

“Setakat ini, pasukan bomba tidak menerima sebarang laporan mengenai kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku.

“Pasukan Forensik akan menjalankan siasatan lanjut bagi mengetahui punca dan anggaran kerugian yang dialami mangsa,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/01/15
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

17-5-2022 04:20 PM GMT+8 , Processed in 0.632535 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list