CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 219|Reply: 0

[Sabah] Hajiji harap ramai pelancong China akan lawat Sabah

[Copy link]
Post time 15-1-2022 01:38 PM | Show all posts |Read mode


BINCANG: Hajiji (kanan) berbincang dengan Liang Caide ketika dalam pertemuan berkenaan.

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri berharap ramai pelancong dari negara China akan melawat Sabah apabila pintu sempadan negara dibuka kepada pelawat antarabangsa.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, sektor pelancongan negeri ini banyak bergantung kepada pelancong asing terutamanya dari negara China.

"Pandemik COVID-19 menyebabkan sektor pelancongan teruk terjejas. Dengan pembukaan sempadan negara kepada pelawat antarabangsa dalam tempoh terdekat, kita berharap ramai pelancong dari China akan melawat Sabah.

"Ini akan dapat membantu pemulihan sektor pelancongan tempatan dan meningkatkan ekonomi negeri," katanya semasa menerima kunjungan hormat daripada Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kota Kinabalu, Liang Caide di kediaman rasminya di Sri Gaya, pada hari Jumaat.

Hajiji juga berharap Liang dan Kedutaan Republik Rakyat China di Malaysia membantu mempromosikan Sabah sebagai salah satu destinasi pelancongan utama di China.

Katanya, Sabah juga sangat mengalu-alukan pelaburan asing terutama dari negara China untuk bersama-sama membangunkan pelbagai sektor utama di negeri ini seperti industri, pembinaan, pelancongan, pertanian dan industri berteknologi tinggi yang baharu.

“Kerajaan Negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan terus bekerjasama erat dengan Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kota Kinabalu dan Kedutaan China untuk menarik lebih ramai pelabur China ke Sabah, yang akan membantu merancakkan pertumbuhan sektor ekonomi negeri ini.

“Hubungan baik dan kerjasama yang sedia terjalin di antara Sabah dan China akan terus diperkukuhkan lagi, kerana ia memberi banyak manfaat kepada kedua-dua pihak," katanya.

Terdahulu Liang memberi taklimat kepada Hajiji mengenai perkembangan terkini negara republik rakyat China dan usaha yang dilakukan oleh pejabatnya dalam membantu mempromosikan Sabah sebagai destinasi pelancongan, pelaburan dan perdagangan.


utusanborneo.com.my/2022/01/15
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 03:32 PM GMT+8 , Processed in 0.064290 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list