CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 185|Reply: 0

[Sarawak] Kerja membaik pulih jalan Ulu Tinjar sedang dilaksanakan

[Copy link]
Post time 15-1-2022 01:36 PM | Show all posts |Read mode


Keadaan jalan di Ulu Tinjar yang mengalami kerosakan akibat banjir.

MIRI: Kerja membaik pulih membabitkan beberapa bahagian jalan di Ulu Tinjar yang rosak akibat banjir berikutan hujan yang tidak menentu sedang dilaksanakan.

Menteri Muda Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil berkata, berbanding sebelum ini kerosakan jalan itu kali ini lebih teruk.

“Jumaat lepas saya telah berbincang dengan JKR berkenaan isu ini, dan lanjutan dari itu, kerja-kerja baik pulih telah bermula beberapa hari lepas.

“Ini hanyalah merupakan langkah penyelesaian jangka masa pendek, termasuklah kerja-kerja baik pulih yang telah pun dilaksanakan sebelum ini di jalan ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook semalam.

Penguang menambah, bagi penyelesaian jangka panjang, beliau sudah berusaha mendapatkan peruntukan bagi menaik taraf jalan tersebut kepada jalan yang lebih selesa dan selamat mengikut standard Jabatan Kerja Raya (JKR) iaitu R1 berturap.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi itu menambah, peruntukan bagi projek menaik taraf itu sudah diluluskan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg tahun lepas.

“Namun projek ini belum dapat bermula kerana ia masih di peringkat penyedian spesifikasi.

“Memandangkan keadaan jalan ini yang semakin teruk, saya juga telah berbincang dengan JKR bagi menggunakan sedikit peruntukan dari projek yang telah diluluskan untuk membaik pulih dan menaik taraf jalan ini,” katanya.

Penguang menambah, ia sebagai tambahan bagi kerja-kerja baik pulih yang sedang dilaksanakan sekarang.

Beliau memberi jaminan terus memantau kerja-kerja baik pulih jalan ini seterusnya pelaksanaan projek naiktaraf Jalan Ulu Tinjar yang telah diluluskan.

Penguang turut berharap pelaksanaan projek naik taraf Jalan Ulu Tnjar dari simpang Lapok ke Long Tisam dipercepat memandangkan ia adalah nadi utama kepada penduduk di kawasan itu.


utusanborneo.com.my/2022/01/15
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:26 PM GMT+8 , Processed in 0.049033 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list