CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 44|Reply: 0

[Sarawak] Warga Indonesia ditangkap disyaki terlibat dadah, tidak mempunyai dokumen perjalanan sah

[Copy link]
Post time 15-1-2022 01:34 PM | Show all posts |Read mode


Suspek ditangkap sepasukan polis kerana disyaki terlibat dadah di Simpang Bukut, Jalan Selangau-Mukah, di sini pada Jumaat.

MUKAH: Seorang lelaki warga Indonesia diberkas polis kerana disyaki terlibat dalam kes dadah serta tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah di Simpang Bukut, Jalan Selangau-Mukah, di sini pada Jumaat.

Menurut Ketua Polis Daerah Mukah DSP Muhamad Rizal Alias, suspek berumur 30 tahun ditangkap sekitar jam 5 petang.

"Setelah beg silang berwarna hitam yang ada pada badan mangsa diperiksa, didapati terdapat satu paket plastik lutsinar besar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis Methamphetamine di dalam beg berkenaan," katanya kepada Utusan Borneo.

Jelasnya, berat kasar dadah adalah 41.96 gram dengan anggaran nilai RM4,196.

Berikutan itu, tegasnya, suspek ditahan dan dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah dan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Mukah untuk siasatan lanjut.

Muhamad Rizal berkata, berdasarkan hasil saringan ujian air kencing, suspek juga didapati positif dadah jenis Amphetamine.

Beliau menjelaskan siasatan awal mendapati suspek mengaku mula terlibat dengan aktiviti penagihan dadah sejak Ogos 2020.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 15 (1) (a) ADB 1952 dan Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah.


utusanborneo.com.my/2022/01/15
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

17-5-2022 11:37 PM GMT+8 , Processed in 0.078222 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list