CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 190|Reply: 0

[Sarawak] Adakan perbincangan segera, atasi masalah banjir kilat

[Copy link]
Post time 15-1-2022 01:32 PM | Show all posts |Read mode


Tiong (kanan) bersama agensi berkaitan ketika menyiasat punca banjir yang melanda Kampung Sentosa pada Jumaat.

SIBU: Pejabat Daerah Sibu digesa untuk mengadakan perbincangan dengan pihak berkaitan bagi menyelesaikan masalah banjir kilat di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong Datuk Seri Tiong King Sing berkata, beliau telah meminta Pejabat Daerah Sibu untuk berbuat demikian.

"Saya meminta Pejabat Daerah Sibu mengadakan mesyuarat pada 25 Januari ini untuk memanggil bersama Majlis Perbandaran Sibu (MPS), Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk membangunkan pelan induk dan menganggarkan pembiayaan yang diperlukan.

"Saya akan mencadangkan kepada Ketua Menteri dan Kerajaan Persekutuan rancangan-rancangan yang diperolehi hasil dari mesyuarat tersebut bagi mendapatkan peruntukan yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah banjir," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Presiden Parti Progresif Demokratik (PDP) itu memberitahu, dengan kerjasama dan penyelarasan semua pihak, ia akan dapat menyelesaikan masalah banjir yang berlarutan ini dan membantu rakyat.

Sementara itu, pada Jumaat Tiong telah menaiki bot untuk menyiasat punca bencana banjir di Kampung Sentosa bersama-sama anggota JPS dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) bagi memeriksa muara sungai dan longkang.

Beliau mendakwa kerja-kerja pengorekan di sungai-sungai berkenaan tidak dilakukan dengan baik.

"Tanpa kerja-kerja mengorek dalam yang diperlukan di sungai, kelodak telah terkumpul dan menyebabkan tersumbat. Banjir kilat boleh datang dengan mudah ketika hujan lebat.

"Kami menaiki bot turun ke Jambatan A dan Jambatan B di Kampung Usaha Jaya serta bahagian Jalan Bukit Lima Timur yang dinaiki air. Saya terkejut apabila melihat permukaan longkang dan muara sungai ini semuanya telah dibersihkan," jelas Ahli Parlimen Bintulu itu.

Tiong berkata, keadaan sebenar yang dikesan dari tinjauannya itu adalah masih ada dasar sungai yang lebih dalam dan membetulkan cerun yang tidak rata, lebar yang tidak konsisten.

Menurutnya, penduduk yang telah menduduki kediaman berkenaan selama lebih 20 tahun mahu penyelenggaraan dilakukan dengan mengesyorkan agar longkang konkrit bertetulang ini dan mesti dinaik taraf sebagai sebahagian daripada penyelesaian masalah banjir yang boleh mengurangkan kos tahunan menyelenggara sungai.

"Muara yang berkelodak ini telah menjejaskan keupayaan sungai-sungai ini untuk mengalir ke saluran lain. Kulat tebal yang terapung di permukaan sungai juga menyukarkan bot bermotor untuk dilalui. Longkang monsun juga tidak dikorek dengan baik oleh jengkaut untuk kerja-kerja mengorek dengan menggunakan model tan jengkaut yang kecil.

"Agak mustahil untuk membersihkan serpihan dan sampah yang tenggelam ke dasar sungai. Betapa lecehnya jabatan kerajaan kita dalam melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan ini," tegas Duta Khas Perdana Menteri Ke China itu.

Beliau juga pernah menyebut sebelum ini bahawa jambatan yang dibina di kawasan hutan simpan Bukit Lima Timur perlu dirobohkan terlebih dahulu kerana banyak tiangnya menghalang aliran sungai dan menyebabkan aliran tersumbat.

"Saya berharap pihak berkuasa juga perlu berbincang dan mencari jalan penyelesaian yang berkesan untuk masalah ini," tambahnya lagi.


utusanborneo.com.my/2022/01/15
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:18 AM GMT+8 , Processed in 0.051422 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list