CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 198|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki dicekup disyaki terlibat kes baling batu

[Copy link]
Post time 15-1-2022 01:29 PM | Show all posts |Read mode


BINTULU: Polis memberkas seorang lelaki berusia 41 tahun yang disyaki terlibat dalam kes membaling batu pada cermin depan kenderaan pengguna jalan raya di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superitenden Zulkipli Suhaili (gambar) berkata, suspek ditangkap pada jam 7 malam Khamis di sebuah restoran makanan segera di
Medan Jaya di sini oleh sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu.

Beliau berkata, polis telah membuka kertas siasatan di bawah seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat yang mana jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

"Suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret pada jam 9 pagi hari ini (14 Januari) untuk mendapatkan permohonan reman untuk membantu siasatan," ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum itu katanya, pada jam lebih 9.11 pagi Khamis, polis IPD Bintulu telah menerima satu laporan kes tular di media sosial daripada seorang lelaki tempatan berumur 63 tahun berkenaan kejadian khianat dengan membaling batu pada cermin hadapan kenderaan miliknya.

Katanya, mangsa memaklumkan kenderaan dipandunya pada jam 5 petang Rabu yang melalui Jalan Sebiew berdekatan Tanah Perkuburan Kemunting tiba-tiba dibaling dengan objek keras disyaki batu pada cermin hadapan keretanya oleh orang yang tidak dikenali.

"Mangsa dan anaknya yang berada dalam kereta cuba melihat sekiranya ada sesiapa di luar kereta yang membaling batu tetapi tidak kelihatan kerana
cuaca semasa kejadian adalah hujan lebat.

"Mangsa juga tidak dapat melihat keadaan di luar keretanya dengan jelas," ujarnya sambil menambah dalam keadaan hujan lebat, mangsa tidak memberhentikan kenderaan dan meneruskan perjalanan balik ke rumahnya.


utusanborneo.com.my/2022/01/15
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:59 AM GMT+8 , Processed in 0.445664 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list