CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1227|Reply: 4

[Dunia] Swafoto pelajar Indonesia terjual pada harga AS$1juta di NFT

  [Copy link]
Post time 15-1-2022 09:36 AM | Show all posts |Read mode


Swafoto pelajar Indonesia terjual pada harga AS$1juta di NFT
Januari 15, 2022 @ 8:56am

SEMARANG: Seorang pelajar kolej di Indonesia menjadi bualan di alam maya selepas menjual hak digital untuk swafotonya yang kini terjual lebih daripada AS$1 juta (RM4 juta) pada platform perdagangan NFT yang menggunakan mata wang kripto.

Sultan Gustaf Al Ghozali, yang menuntut dalam bidang Sains Komputer di institusi pengajian tinggi di tengah bandar Semarang mengambil gambar dirinya sedang duduk di depan komputer setiap hari sejak lima tahun lalu.

Beliau berhasrat untuk menggunakan koleksi membabitkan hampir 1,000 swafotonya bagi membuat video 'penetapan masa' ketika hari konvokesyennya kelak.

Namun, selepas mempelajari mengenai teknologi 'blockchain', pemuda berusia 22 tahun itu memutuskan untuk memuatnaik gambarnya di NFT di bawah tajuk 'Ghozali Setiap Hari'.

"Saya fikir mungkin lucu jika adanya individu mahu mengumpul gambar saya.

"Pada mulanya, saya hanya meletakkan gambar itu pada harga AS$3 (RM12) kerana saya tidak pernah terfikir ada orang yang ingin membeli swafoto," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kampus universitinya, semalam.

Namun, ia menjadi kejutan buat Ghozali apabila satu gambar swafotonya semalam dijual pada 0.247 matawang kripto atau AS$806 (RM3,367).

NFT mengubah barangan digital daripada ilustrasi kepada meme buat pengumpul barangan maya yang tidak boleh disalin semula.

Ghozali mula memuatnaik swafotonya akhir Disember lalu, namun jualannya meningkat selepas seorang chef selebriti mempromosikan gambar itu di laman sosialnya.

Dalam tempoh beberapa hari, lebih 400 individu membeli hak milik foto yang tidak memaparkan sebarang ekspresi pemuda berkenaan.

Sehingga tengah hari semalam, koleksi Ghozali mencecah nilai dagangan sebanyak 317 ether yang bersamaan dengan lebih AS$1 juta (RM4 juta).

"Secara jujurnya, saya masih tidak mempunyai keberanian untuk memberitahu ibu bapa saya kerana pastinya mereka hairan dari mana saya dapat duit sebanyak itu," katanya. - AFP

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-1-2022 09:37 AM | Show all posts
Mukanya pada culun, tapi uangnya banyak. Luar biasa
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Ketimbang ketimbang ketimbung suara gendang bertalu-talu

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 03:07 PM | Show all posts
'Sultan Gustaf Al Ghozali' muka tetap jawa

gene emak kuat

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Nft hype. Org beli sbb kepercayaan pada value shj. No use case. Lagi 3-4thn yg beli tu mungkin menyesal. Unless nft yg mmg special contoh balmain×barbie, atau sft yg ade physical token mcm ujang jual tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:30 AM GMT+8 , Processed in 0.094739 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list