View: 1253|Reply: 19
|
[Tempatan]
Menjernihkan Persepsi Terhadap SPRM, Azam Baki Perlu Istihar Aset & "Bercuti". Korang raser camner?
[Copy link]
|
|
Edited by JoyahMengayah at 15-1-2022 09:34 AM
KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) sudah meneliti laporan dan tidak menjumpai pemakluman secara rasmi berkaitan pengisytiharan aset oleh Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki kepada ketua jabatannya.
Pengerusi JKMR, Senator Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, persoalan itu tidak hanya kepada Azam tetapi mempersoalkan perkara sama kepada semua pegawai dan anggota jabatan tersebut.
“Apakah pengerusi atau penyelia sudah dimaklumkan mengenai aset atau saham secara rasmi?
“Dalam penelitian kami, tak dapat dilihat dan kami letakkan ia sebagai intipati kepada persoalan kepada kes yang kini berhadapan dengan pentadbiran penyelidikan, siasatan dan lain-lain,” katanya dalam satu sidang media khas di bangunan Parlimen hari ini.
Turut hadir Senator Zaiedi Suhaili, Ahli Parlimen Bukit Bendera, Wong Hon Wai dan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim.
Beliau berkata, perolehan (saham) Azam berlaku pada enam tahun lalu.
“Berkaitan hak beliau membeli saham juga harus disiasat. Fakta mesti terasas dan menjadi bukti kepada undang-undang nanti.
“Pada masa itu sudah diisytihar atau tidak?
“Kami mengesyorkan siasatan dilakukan ke atas Azam sama ada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Sekuriti, Ketua Setiausaha Negara, jabatan disipilin SPRM atau mana-mana agensi yang berkaitan,” katanya lagi.
Jelas Rais, apabila sesuatu berlaku terhadap ketua jabatan, ia harus sedia disiasat.
“Menerusi Pekeliling SPRM 2002 menyebut, tidak salah untuk sesiapa juga memiliki saham yang tidak melebihi RM100,000.
“Hal ini masih tidak kami ketahui, lantaran itu, jawatankuasa badan yang menyiasat perlu mendapatkan fakta sebenar dalam kes ini.
“Kita juga tidak tahu apakah status pemilikan saham itu sama ada saham untuk diri sendiri atau tidak dan ia juga perlu disiasat,” katanya.
JKMR dalam sidang media sama berkata, biarpun siasatan harus dibuat ke atas Azam, namun mendapati ia bukan perbuatan jenayah.
“Ini bukan perbuatan jenayah, tetapi mungkin salah laku, namun Azam perlu mengambil cuti rehat sementara kes sedang disiatat,” jelasnya.
https://malaysiagazette.com/2022/01/14/tiada-pemakluman-rasmi-isytihar-aset-azam-baki-perlu-ambil-cuti-jkmr/
|
|
|
|
|
|
|
|
Azam Baki bawa bawah tersenyum sinis |
|
|
|
|
|
|
|
Lain kali jangan buat perkara yang engkau sendiri cakap tak boleh buat
sendiri kata rasuah itu salah tetapi kenapa engkau juga melakukan rasuah?
Kaya ,banyak duit pun xde guna sekarang
maruah 1 sen pun xlaku
jangan kata org nak jatuhkan...
kalau xde benda nak dijatuhkan ,xkan ada punyalah nak lipat tu
ini adik guna acc dia main saham
org lain buat ,dia tangkap , dia buat boleh pula
Apa punya cakap! |
|
|
|
|
|
|
|
pertukaran segera Azam Baki ke Sarawak jelah. pastu orang ramai lupa lah pasal kes dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Ni katanya kat ES pemegang rahsia terbesar segala vvvvvip negara
Bertuahhh acik azam naaa
dunia ni ana yang punyaaaa sangat tau |
|
|
|
|
|
|
|
Iols setuju Azam Baki perlu disiasat,sebab melibatkan integrity SPRM tu sendiri. Sekarang rakyat dah kurang percaya pada SPRM. |
|
|
|
|
|
|
|
Letak jawatan sb sbg ketua patut dah tahu apa yg boleh n apa yg tak boleh. |
|
|
|
|
|
|
|
perlu bercuti. salah ke x salah perlu bercuti dan disiasat. ni soal integriti. yg timbalan keluar kenyataan menyokong azam adalah satu tindakan yg salah. bos ang betul ke,bos ang salah ke kena sikap neutral sebab sprm adalah satu agensi pengutkuasa. bkn kelab bola sepak |
|
|
|
|
|
|
|
Nanti M 97 tahun masuk liang lahad, raykat dah mula tak percaya SPR pula |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 15-1-2022 09:34 AM
Azam Baki bawa bawah tersenyum sinis
Bkn baki brought forward ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Eleh, last2 bebas tak salah. Dah tau dah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Miss.Bunga replied at 15-1-2022 01:27 PM
Iols setuju Azam Baki perlu disiasat,sebab melibatkan integrity SPRM tu sendiri. Sekarang rakyat dah ...
sejak kes ady kana dan kes lompat pagar lg org dh pandang rendah dh. |
|
|
|
|
|
|
|
tak perlu berehat. letak jawatan teros. |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa tak kena tatatertib terus?
Pft. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak beksin boleh kena tatatertib. Yang ni, hapa? Khuak tuih negarakuku. |
|
|
|
|
|
|
|
resign je la.. tak malu ke? dasarrrr |
|
|
|
|
|
|
|
namieamuro replied at 15-1-2022 05:26 PM
sejak kes ady kana dan kes lompat pagar lg org dh pandang rendah dh.
I baca kat edisi Siasat Kat Twitter tu dia bnyk pegang rahsia orang² yg korup. Vvip. Sebb tu payah sekarang nk sentuh Azam ni. Lagi besar kepala ada la,xdeknya dia nk letak jawatan ke apa. |
|
|
|
|
|
|
|
Mana maruah diri yang perlu diutamakan, memang dasar muka tembok, cuti je la bagi orang untuk siasat |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by kbyne at 21-1-2022 10:07 PM
Rehat la wey,bukan ker aritu Suruhanjaya ada cakap dia yg buat,bukan adik dia,ker lain orang. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 15-1-2022 05:51 PM
Kenapa tak kena tatatertib terus?
Pft.
Jgn probok probok |
|
|
|
|
|
|
| |
|