CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1231|Reply: 19

[Tempatan] Menjernihkan Persepsi Terhadap SPRM, Azam Baki Perlu Istihar Aset & "Bercuti". Korang raser camner?

  [Copy link]
Post time 15-1-2022 09:29 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 15-1-2022 09:34 AM

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) sudah meneliti laporan dan tidak menjumpai pemakluman secara rasmi berkaitan pengisytiharan aset oleh Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki kepada ketua jabatannya.

Pengerusi JKMR, Senator Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, persoalan itu tidak hanya kepada Azam tetapi mempersoalkan perkara sama kepada semua pegawai dan anggota jabatan tersebut.

“Apakah pengerusi atau penyelia sudah dimaklumkan mengenai aset atau saham secara rasmi?

“Dalam penelitian kami, tak dapat dilihat dan kami letakkan ia sebagai intipati kepada persoalan kepada kes yang kini berhadapan dengan pentadbiran penyelidikan, siasatan dan lain-lain,” katanya dalam satu sidang media khas di bangunan Parlimen hari ini.

Turut hadir Senator Zaiedi Suhaili, Ahli Parlimen Bukit Bendera, Wong Hon Wai dan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim.

Beliau berkata, perolehan (saham) Azam berlaku pada enam tahun lalu.

“Berkaitan hak beliau membeli saham juga harus disiasat. Fakta mesti terasas dan menjadi bukti kepada undang-undang nanti.

“Pada masa itu sudah diisytihar atau tidak?

“Kami mengesyorkan siasatan dilakukan ke atas Azam sama ada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Sekuriti, Ketua Setiausaha Negara, jabatan disipilin SPRM atau mana-mana agensi yang berkaitan,” katanya lagi.

Jelas Rais, apabila sesuatu berlaku terhadap ketua jabatan, ia harus sedia disiasat.

“Menerusi Pekeliling SPRM 2002 menyebut, tidak salah untuk sesiapa juga memiliki saham yang tidak melebihi RM100,000.

“Hal ini masih tidak kami ketahui, lantaran itu, jawatankuasa badan yang menyiasat perlu mendapatkan fakta sebenar dalam kes ini.

“Kita juga tidak tahu apakah status pemilikan saham itu sama ada saham untuk diri sendiri atau tidak dan ia juga perlu disiasat,” katanya.

JKMR dalam sidang media sama berkata, biarpun siasatan harus dibuat ke atas Azam, namun mendapati ia bukan perbuatan jenayah.

“Ini bukan perbuatan jenayah, tetapi mungkin salah laku, namun Azam perlu mengambil cuti rehat sementara kes sedang disiatat,” jelasnya.

https://malaysiagazette.com/2022/01/14/tiada-pemakluman-rasmi-isytihar-aset-azam-baki-perlu-ambil-cuti-jkmr/

Single Polls, Total 27 Users voted

Poll is finished

85.19% (23)
0.00% (0)
14.81% (4)
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2022 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Azam Baki bawa bawah tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 10:34 AM | Show all posts
Lain kali jangan buat perkara yang engkau sendiri  cakap  tak boleh buat

sendiri kata rasuah itu salah tetapi kenapa engkau juga  melakukan rasuah?

Kaya ,banyak duit pun xde guna sekarang

maruah 1 sen pun xlaku

jangan kata org nak jatuhkan...

kalau xde benda nak dijatuhkan ,xkan ada punyalah nak lipat tu

ini adik guna acc dia main saham

org lain buat ,dia tangkap , dia buat boleh pula

Apa punya cakap!
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 10:47 AM | Show all posts
pertukaran segera Azam Baki ke Sarawak jelah. pastu orang ramai lupa lah pasal kes dia.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni katanya kat ES pemegang rahsia terbesar segala vvvvvip negara
Bertuahhh acik azam naaa
dunia ni ana yang punyaaaa sangat tau
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols setuju Azam Baki perlu disiasat,sebab melibatkan integrity SPRM tu sendiri. Sekarang rakyat dah kurang percaya pada SPRM.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2022 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Letak jawatan sb sbg ketua patut dah tahu apa yg boleh n apa yg tak boleh.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
perlu bercuti. salah ke x salah perlu bercuti dan disiasat. ni soal  integriti. yg timbalan keluar kenyataan menyokong azam adalah satu tindakan yg salah. bos ang betul ke,bos ang salah ke kena sikap neutral  sebab sprm adalah satu agensi pengutkuasa. bkn kelab bola sepak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2022 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Nanti M 97 tahun masuk liang lahad, raykat dah mula tak percaya SPR pula
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 15-1-2022 09:34 AM
Azam Baki bawa bawah tersenyum sinis

Bkn baki brought forward ke?
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 03:05 PM | Show all posts
Eleh, last2 bebas tak salah. Dah tau dah..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Miss.Bunga replied at 15-1-2022 01:27 PM
Iols setuju Azam Baki perlu disiasat,sebab melibatkan integrity SPRM tu sendiri. Sekarang rakyat dah ...

sejak kes ady kana dan kes lompat pagar lg org dh pandang rendah dh.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
tak perlu berehat. letak jawatan teros.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa tak kena tatatertib terus?

Pft.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak beksin boleh kena tatatertib. Yang ni, hapa? Khuak tuih negarakuku.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
resign je la.. tak malu ke? dasarrrr
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2022 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
namieamuro replied at 15-1-2022 05:26 PM
sejak kes ady kana dan kes lompat pagar lg org dh pandang rendah dh.

I baca kat edisi Siasat Kat Twitter tu dia bnyk pegang rahsia orang² yg korup. Vvip. Sebb tu payah sekarang nk sentuh Azam ni. Lagi besar kepala ada la,xdeknya dia nk letak jawatan ke apa.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana maruah diri yang perlu diutamakan, memang dasar muka tembok, cuti je la bagi orang untuk siasat
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 10:05 PM | Show all posts
Edited by kbyne at 21-1-2022 10:07 PM

Rehat la wey,bukan ker aritu Suruhanjaya ada cakap dia yg buat,bukan adik dia,ker lain orang.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2022 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 15-1-2022 05:51 PM
Kenapa tak kena tatatertib terus?

Pft.

Jgn probok probok
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:50 PM GMT+8 , Processed in 0.069583 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list