CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2694|Reply: 38

[Jenayah] Saya ‘mandikan jenazah’ remaja curi tabung masjid kerana dia khayal, lalok– AJK masjid

  [Copy link]
Post time 15-1-2022 09:19 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 15-1-2022 09:54 AM

KUANG – Seorang Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Al Islahiah, di sini, berkongsi pengalamannya memandikan seorang remaja dengan menjirus air mengikut prosedur mandi jenazah.

Mohamad Ayub Han Khalil berkata, beliau melakukan tindakan itu kerana Daniel Iskandar Mohd. Nasir, 19, berada dalam keadaan khayal dan lalok ketika ditangkap.

Jelas beliau, ‘mandi ala jenazah’ itu dibuat termasuk meletakkan kapur barus bagi memberi ‘kesegaran’ kepada remaja yang mencuri tabung masjid itu untuk berada dalam keadaan normal.

“Kami mandikan remaja ini atas beberapa sebab iaitu satu sebagai pengajaran di mana tiada unsur-unsur penderaan. Boleh periksa luka dan lebam memang tidak ada.

“Yang kedua remaja ini berada dalam keadaan khayal dan kita mandikan bagi dia segar. Yang ketiga ketika hendak elak bencana lebih besar sebab di luar masjid sudah ada sekitar 40 pemuda dipanggil ‘Kuang Krew’ yang menangkap remaja itu.

“Kita hendak elak dia jadi mangsa ‘belasah’ dalam kalangan pemuda yang tengah geram dan AJK masjid ambil keputusan ‘simpan’ dulu dalam bilik jenazah.

“Alang-alang di bilik jenazah dan tabung masjid memang ada di situ, kami biar di situ kerana dia tengah khayal.

“Tujuan kami bagi dia segar, bagi pengajaran dan mengelak musibah ke atas remaja ini lagi teruk,” katanya ketika ditemubual MalaysiaGazette, di sini, hari ini.

Semalam, Daniel Iskandar yang sebelum itu tular dimandikan ala jenazah dikenakan hukuman penjara 10 hari dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Selayang kerana cuba mencuri tabung masjid lima hari lalu.

Daniel Iskandar yang juga penganggur dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan.

Mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara bermula tarikh tangkap iaitu 9 Januari lalu dan tambahan jel lima bulan, jika gagal membayar denda tersebut.

Sebelum menjatuhi hukuman, Majistret Nik Mohd Fadli menegur tindakan tertuduh bahawa mencuri merupakan satu kesalahan.

Mengulas lanjut, Mohamad Ayub Han berkata, Daniel Iskandar ditangkap di kawasan sekitar masjid sebelum solat Asar pada Ahad lalu dan terus dibawa ke bilik jenazah kerana bahan bukti iaitu tabung peti berada di situ.

Menurut beliau, ia bagi memudahkan proses siasatan sama ada tabung itu yang cuba dicuri pada pagi hari yang sama.

“Selepas solat Asar, kebetulan saya berada di belakang imam dan secara spontan mencadang remaja itu dimandikan siap di atas katil mandi jenazah.

“Lepas mandi kita lap dan bila letak kapur barus, dia meronta dan minta maaf serta berjanji tidak buat lagi,” katanya.

https://malaysiagazette.com/2022/01/14/saya-mandikan-jenazah-remaja-curi-tabung-masjid-kerana-dia-khayal-lalok-ajk-masjid/



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2022 09:23 AM | Show all posts
beli ubat utk datuk sakit konon. puihhhh mamposlah sapa yg sokong budak ni ritu
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Lalok-lalok pun boleh berfikir straight macam mana nak curi duit tabung masjid, kalu akak dah lama dah gosok-gosok konek sesambil tengok PornHub di hadapan komputer riba
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 10:25 AM | Show all posts
Yang sanggup bayo bail 4000 utk budak tu patut ambik terus jadi anak angkat..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
rikiruj replied at 15-1-2022 10:25 AM
Yang sanggup bayo bail 4000 utk budak tu patut ambik terus jadi anak angkat..

same2 ngisap dadah kot yg jamin dak tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 10:43 AM | Show all posts
rikiruj replied at 15-1-2022 10:25 AM
Yang sanggup bayo bail 4000 utk budak tu patut ambik terus jadi anak angkat..

Ahli PAN kan nak bayar 4k tu, bodo bertingkat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2022 11:23 AM | Show all posts
kalu ikut pengalaman ahli PENGASIH, mmg dorg pn kene mandi kn cmni time tgh lalok dtg ketagih
tu nk btulkn kepala sket

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 11:26 AM | Show all posts
Akhirnya imam itu pula yang dipersalahkan

Malaysia memang mengangkat emosi lebih tinggi dari akal

Kalau dapat ke aku ,budak itu dengan mak bapak dia aku hukum.

Aku kejam.

Satu-satu kes dapat ke tangan aku memang makan bencilah semua orang.

Tp Allah sayang

Hubungan Diknah dengan Allah adalah manja.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2022 11:28 AM | Show all posts
Rombak semula Malaysia


semua yg jadi peneraju negara xboleh pakai

Kita akan menyaksikan rakyat bersama rakyat BERSATU kita menjaidkan Malaysia seperti apa yg kita inginkan.

Ya Allah Makbulkanlah.

40 tahun selama Nabi isa turun  mungkin itulah masa gemilangnya ,sebelum terjadinya kiamat setelah manusia beriman semuanya sudah mati.

Maka nikmat Tuhan kamu yg kamu dustakan ????????????

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 11:29 AM | Show all posts
Malaysia ini sudah tenat

kerabat pun akan lari kenegara luar, xdenya mereka fikir tentang rakyat jelata dah masa itu

fikir tengkolok dan tembolok mereka sahaja

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Entah ke mat gian ni dah tak mandi brapa hari dah… kepam!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Betol la iolss teka.. Depa mandikan sbb budak ni tgh high.. Mmg kene simbah air... Mandikan..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagi best kat twidder
Terkeluar segala perangai non isle kata isle macam2
Hahahah extremist laa apa laa
Choyyyy
Macam vodo memasing
Kat negara lain, kau curi baju dalam pun entah2 dah kena potong tangan, kena belasah sampai mati
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
rikiruj replied at 15-1-2022 10:25 AM
Yang sanggup bayo bail 4000 utk budak tu patut ambik terus jadi anak angkat..

Ada ke yg bayar kan?
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 02:49 PM | Show all posts
ummah dah lama sangat hidup dalam kegelapan, baru kini ada media sosial tetiber macam2 aib perangai manusia terbongkar maunya tak terkejut.

fasa cultural shock ja ni, culture yang terkejut.

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku sokong tindakkan Iman Tu ...taik penagih ni mmg kena ajar ..pandai buat cerita
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2022 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Xde masalah pun ko nak rendam separuh mati sekalipun.. Tapi yg dok rakam pastu sebarkan dah kenapa?
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
mende ni sebenarnya....'agak kabur'....sementaralah kita 'x boleh baca niat dan fikiran' orng lain.....kan dh jadi bersifat..MUNGKIN,ANDAIAN dah la ni...@mungkin betul,mungkin tidak...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
batmana replied at 15-1-2022 11:23 AM
kalu ikut pengalaman ahli PENGASIH, mmg dorg pn kene mandi kn cmni time tgh lalok dtg ketagih
tu nk  ...

Aku rs pakcik yg mandikan tu ada pengalaman dgn bebdk high ni...atok dia pun yg suh bg polis ja..rete atok n arwah nenek pun dah disonglapnya...atok pun dah tua tak daya nak melawan dia...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik tak kena badi mayat.

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:48 AM GMT+8 , Processed in 0.488453 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list