CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3941|Reply: 10

Noorkhiriah Tak tahu dimadukan

  [Copy link]
Post time 15-1-2022 07:18 AM | Show all posts |Read mode
Noorkhiriah Tak tahu dimadukan



NOORKHIRIAH lakon watak berat dalam telefilem Itulah Takdirnya.

DI sebalik luahan hatinya terhadap bayaran penggambaran diterima baru-baru ini, pelakon berkaliber Noorkhiriah Ahmad Shapie tetap bersyukur tawaran berlakon karya terbaik masih diperoleh.

Noorkhiriah, 44, mengakui teruja dapat membintangi telefilem berjudul Itulah Takdirnya arahan Pak Tua yang bakal ditayangkan di RTM nanti.

Skrip telefilem itu ditulis Pak Tua dan Maizurah Ederis.

"Saya melakonkan watak Nur Ain di mana dia tidak tahu dirinya sudah dimadukan. Konflik timbul ketika Nur Ain tahu mengenai 'kewujudan madu' itu selepas suaminya dan wanita terbabit meninggal dunia akibat kemalangan.

"Malah, lebih menjadikan Nur Ain bertambah marah dalam diam apabila dia perlu menjaga anak gadis suami bersama madunya itu yang baru diketahui dan membuatkan dia rasa sakit hati. Cerita ini amat berat bagi saya sebenarnya.

"Permainan watak bukan biasa-biasa dan begitu mendalam. Sebaik mendapat skrip karya ini dan membacanya, saya terus berminat serta enggan menolak walau ketika itu tidak tahu barisan pelakon lain," katanya.

Menurut Noorkhiriah, jalan cerita kisah Itulah Takdirnya pasti begitu dekat dengan golongan wanita. Katanya, realiti sebenar tidak ramai wanita yang rela hidup bermadu dan kisah Nur Ain pula, dia dimadukan agak lama secara rahsia.

"Terlalu banyak dialog yang 'makan dalam' dan saya yakin penonton akan merasai kesannya. Ternyata, bukan mudah untuk seorang wanita itu menerima keadaan dirinya sudah dimadu suami tanpa pengetahuan.

"Nak dapatkan penjelasan daripada persoalan-persoalan berbekas di hati, memang tak dapat dibuat lagi sebab suami dan madu pun sudah meninggal dunia. Jadi, rasa sakit itu hanya Nur Ain rasai seorang diri dan dipendam begitu saja," katanya.

Turut berganding dengan pelakon remaja, Puteri Balqis Azizi atau Aqish, 15, yang menjadi 'anak tiri rahsia' Nur Ain, Noorkhiriah berkata, dia gembira dengan gabungan kerjasama mereka.

"Saya sudah melihat Aqish berlakon sejak kanak-kanak dan dia juga pernah menang beberapa trofi. Jadi, siapa yang tidak teruja hendak berlakon semula dengannya. Ditambah sudah lama kami tidak berjumpa.

"Peluang dan pengalaman saya berlakon dengan Aqish memang seronok kerana dia seorang pelakon yang bagus dan berbakat. Tidak sukar untuk kami bawakan watak masing-masing dengan baik.

"Komitmen ditunjukkan Aqish di set penggambaran juga bagus dan terbaik. Teknik lakonannya masih sangat mantap dan ternyata bakat anugerah daripada Allah itu, takkan pernah pudar walau Aqish dah lama juga tidak berlakon," katanya.

Noorkhiriah berkata, selain bakat lakonan mantap dan sikap yang tenang di lokasi, Aqish baginya seorang pelakon muda sangat senang membawa diri dan memberi kerjasama. Katanya, tak ambil masa lama untuk mereka serasi.

Selain Noorkhiriah dan Puteri Balkish, ia turut dibintangi Safura Yacob yang turut memberi lakonan berkesan untuk watak sebagai sahabat baik Nur Ain.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/2022/01/800111/tak-tahu-dimadukan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2022 07:44 AM From the mobile phone | Show all posts
clicksbaits
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2022 07:58 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 08:14 AM | Show all posts
teruja nak tgk sebab ada kak poora
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm watak Dil Hai Tumharaaa je.Rekha jaga Preity Zinta lps kantoi laki and madu mati eksiden.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 08:37 AM From the mobile phone | Show all posts
kashaz replied at 15-1-2022 08:33 AM
Mcm watak Dil Hai Tumharaaa je.Rekha jaga Preity Zinta lps kantoi laki and madu mati eksiden.

Yeeee..tak suka sungguj rekha kat PZ ..tapi tetap kena jaga..tambah hindu mana boleh kwi dua kan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2022 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Hati2 lah bila buat tajuk. Forum ni banyak thread ..tak mungkin kita boleh bukak n baca semua thread. Orang mungkin ingat betul and spread lies. Tak pasal2 jadi fitnah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
kashaz replied at 15-1-2022 08:33 AM
Mcm watak Dil Hai Tumharaaa je.Rekha jaga Preity Zinta lps kantoi laki and madu mati eksiden.

Lagu best2 cite ni. Hopefully NK buat reference
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2022 10:19 AM | Show all posts
ishk tajuk tu mengundang pitenah betuii
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 10:21 AM | Show all posts
harap2 best sebab ada noorkhiriah... lakonan hebat...
tapi sebab muka biasa2 dan sendu memang payah producer2 sangkak nak ambik...
kena harap pada produksi international jua macam netflix tu kalau boleh theyols sign la dengan finas...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Rogue98 replied at 15-1-2022 08:48 AM
Hati2 lah bila buat tajuk. Forum ni banyak thread ..tak mungkin kita boleh bukak n baca semua thread ...

I agree dengan your komen.. meols baca tajuk pun ingat yamg sama

@Raline, TT harap tukar tajuk yang lebih sesuai.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:00 PM GMT+8 , Processed in 0.069530 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list