Wanita berstatus isteri, berzina dengan suami orang disebat 100 kali
Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
14 Januari 2022, 4:30 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
ACEH: Seorang wanita di Aceh disebat sebanyak 100 kali di wilayah Aceh atas kesalahan berzina, manakala pasangan lelakinya hanya disebat sebanyak 15 kali, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Am di pejabat pendakwa Aceh Timur, Ivan Najjar Alavi berkata, mahkamah memberi hukuman yang lebih keras untuk wanita yang sudah berkahwin itu selepas dia mengaku berzina kepada pegawai penyiasat.
Hakim mendapati sukar untuk menyabitkan lelaki itu sebagai bersalah kerana dia menafikan semua kesalahan.
Semasa kejadian, lelaki itu merupakan Ketua Agensi Industri Perikanan Aceh Timur dan sudah berkahwin.
“Semasa perbicaraan tersebut, pesalah lelaki tidak mengaku apa-apa dan menafikan segala dakwaan.
“Oleh itu, para hakim tidak dapat membuktikan sama ada beliau bersalah,” katanya.
Beliau berkata kepada wartawan selepas pesalah undang-undang Syariah tersebut disebat di khalayak ramai di Aceh Timur, semalam.
Sebagai hukuman alternatif, hakim mendapati lelaki itu bersalah kerana ‘bermesra dengan seorang wanita yang bukan isterinya’ selepas pasangan itu ditangkap oleh penduduk tempatan di sebuah ladang minyak kelapa sawit.
Lelaki itu pada awalnya dihukum 30 sebatan, namun, rayuannya di Mahkamah Agung Syariah di Aceh berjaya mengurangkan hukuman itu kepada 15 sebatan.-AFP
Post time 15-1-2022 08:55 AMFrom the mobile phone|Show all posts
bukan ke rejam batu sampai mati, ni bukan hudud, ni hukuman suke2 sebat 15 kali. Sbb tu tun m da kate, hudud pas tu bukan hudud btul sbb nanti manusia leh tukar hukumannye, ikut rase2 atau xde saksi 4 org pastu si pelakunya mnafikan je xleh buat jugak hududnye
Post time 15-1-2022 06:20 PMFrom the mobile phone|Show all posts
nakkomenjugak replied at 15-1-2022 05:27 AM
kemaluan pasangan masing2 tak perform ke hapeee??
haihhhh
entahhhh laaa kome ni
Yelah kot, kawen pun sebab harta Ka apa. Ada indon iols kenal kat FB camni kawen dah Ada anak, Dari miskin berselipar jepun dapat laki Ada Mobil. Tapi gelenyar Cari boyfriend lagi orang Malaysia. Ber abang2... Alasannya kawen sebab orang Tua suruh padahal dia Yang aim bapak Kantor
Post time 15-1-2022 07:10 PMFrom the mobile phone|Show all posts
kelapaparut replied at 15-1-2022 08:55 AM
bukan ke rejam batu sampai mati, ni bukan hudud, ni hukuman suke2 sebat 15 kali. Sbb tu tun m da kat ...
itu la ingatkan acheh laksana hudud, kalau mengaku tapi masih cuma kena sebat bukan hudud. tapi tang hukum hudud ujung2 tak boleh laksana sbb tak penuhi syarat mmg mcm tu la caranya, sebolehnya mmg mahu dielakkan sabit kesalahan hudud tu. sbb tu syarat saksi ketat gila, wajib 4 saksi lelaki yg adil nampak perbuatan zina tu bukan sekadar nampak berduaan atas katil ye. yg menuduh pulak akan dihukum hudud (qazaf) dan persaksian dorang tak boleh diterima selama2nya kena sudah jatuh fasik kalau tak mampu bawa 4 saksi tu, tujuannya tak nak orang senang2 fitnah zina pada org lain. even penzina tu kalau mengaku pon tak silap kena buat pengakuan 3 atau 4 kali secara suka rela tanpa paksaan. mana boleh yg tangkap dorang tu cakap "baik ko ngaku!!" kalau dia tak mengaku tak boleh buat apa. tapi kalau ada bukti video hidden cam la contohnya tetap tak boleh sabit bawah hudud, terus masuk bawah hukuman takzir, dan semestinya video tu akan dibuktikan dahulu ketulenan. mencuri pon sama, bukan kena tangkap mencuri je terus tetak tangan. kalau pencuri tu mengaku tapi nilai curian tak sampai 1/4 dinar bermakna tak cukup syarat utk dihudud. mcmn hukuman hudud tu tak boleh diubah, mcm tu la jugak syaratnya tak boleh diubah. kesimpulannya kalau hudud dilaksanakan pon bukan senang nak tengok orang dihukum. sbb tu aku tak paham kenapa orang takut sangat ngan hudud ye la kalau tak penah buat salah kenapa nak takut? even yg buat pon belum tentu boleh disabitkan.
Post time 15-1-2022 07:28 PMFrom the mobile phone|Show all posts
bakingsoda replied at 15-1-2022 07:10 PM
itu la ingatkan acheh laksana hudud, kalau mengaku tapi masih cuma kena sebat bukan hudud. tapi ta ...
Terbaik. To answer your question kenapa orang takut, it’s all about education dan nama Islam. Sebab hukuman tu dari Islam dan orang associate sebagai satu yang menggerunkan tanpa ada ilmu
Post time 16-1-2022 08:46 PMFrom the mobile phone|Show all posts
kelapaparut replied at 16-1-2022 02:03 PM
kalu mcm tu sape2 yg beromen slagi xcukup saksi 4 org yg alim kire terlepasla..damnn, I love hudud ...
begitu lah ceghitanyaa..tapi hanya utk hudud la, boleh je nak takzir kalau ada bukti selain tu. bayangkan kalau jantan random memana je boleh jd saksi alamatnya senang la nak pitenah awek yg reject dia berzina dgn lelaki yg dia dengki, ajak je lagi 3 ekor geng pitenah. tujuan syarat ketat tak nak tersalah hukum orang yg difitnah.
Post time 16-1-2022 09:57 PMFrom the mobile phone|Show all posts
la popuan kena 100X ..awst skendel dia kena 15x jah..sedih la id popuan..akak mohon insaf jgn berzina dong...kalauuu ye pun x ok ngn cik somi blh mitk ceraiii khenzz..ok bye
Post time 16-1-2022 10:43 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Dekat malaysia ada juga undang2 hukuman bagi pengacau rumah tangga orang..priska harus bersyukur bini pertama laki dia tak saman hang..maunya meratap hiba nangis minta dilepasin oleh laki jusa c yang sanggup.mau ceraikan bini pertama sebab lumpuh