CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 951|Reply: 14

[Tempatan] Umat Islam dilarang terbabit kerja-kerja bersihkan rumah ibadat agama lain

  [Copy link]
Post time 15-1-2022 04:49 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 14-1-2022 12:50 PM

Umat Islam dilarang terbabit kerja-kerja bersihkan rumah ibadat agama lain

UMAT Islam yang diuji dengan musibah termasuk banjir akan diganjari dengan pahala atas kesabaran mereka berhadapan insiden tersebut. – GAMBAR HIASAN


  • Oleh MOHD HUSNI MOHD NOOR
  • 14 Januari 2022, 6:19 pm


PUTRAJAYA: Umat Islam tidak boleh melibatkan diri dalam kerja gotong royong membersihkan rumah ibadat agama lain. Itu tegas Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) termasuk mengulas isu tular membabitkan sekumpulan pelajar  membersihkan sebuah kuil yang terkesan akibat banjir baru-baru ini.

PMWP berkata, perkara itu dibimbangi boleh menjerumuskan seseorang itu ke dalam kategori membantu ke arah kesyirikan yang sama sekali jelas dilarang dalam Islam. Membersihkan rumah ibadat adalah satu bentuk kerjasama atau bantuan yang secara langsung menjurus kepada membantu ritual dan amalan agama lain,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, Islam sama sekali tidak menegah umatnya daripada menunaikan hak kemanusiaan lain termasuk membantu orang bukan Islam yang terkesan dengan sebarang musibah atau yang memerlukan bantuan melalui cara lain.

Jelasnya lagi, umat Islam digalakkan membersihkan rumah kediaman dan harta benda mereka (orang bukan Islam) serta menghulurkan bantuan kewangan dan barang keperluan.
Menurut PMWP, perbezaan agama tidak menghalang kita daripada berbuat baik kepada sesiapa sahaja atas dasar kemanusiaan.

“Namun demikian, Islam juga menggariskan batas-batas yang perlu dijaga dan dijadikan sempadan bagi memelihara kesucian akidah kita,” katanya. Sementara itu, PMWP turut menasihatkan  masyarakat awam supaya tidak tergesa-gesa menghukum sesuatu perbuatan atau percakapan itu sebagai terkeluar daripada Islam sebaliknya merujuk perkara itu kepada pihak berkuasa agama.

“Ini bagi mengelakkan fenomena bermudah-mudahan dalam kafir mengkafir sesama umat Islam sehingga mencetuskan huru hara dalam masyarakat,” katanya. Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan beberapa penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) Gombak turut serta membersihkan kuil Hindu di Taman Kelang Utama, Klang, Selangor.

Ada segelintir pihak mengecam tindakan pelajar itu termasuk ada yang menyifatkan ia sebagai satu perkara yang syirik serta boleh memesongkan akidah. Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor yang turut mengulas isu berkenaan berkata, beliau mahu isu itu tidak dipolemikkan mana-mana pihak dan tidak diperbesar-besarkan sehingga menambahkan kekeliruan orang ramai.  -UTUSAN ONLINE






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2022 05:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Dr. Maza darul Indera ka-Hyang-an tersenyum sinis

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 06:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg x boleh bersihkan kuil....
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 09:45 AM | Show all posts
siapa pencetus ?
ahli parti bangsa malaysia yg ada bau bau kentut dengan ppbm dan sdg berusaha utk join bn
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Budak2 tu mungkin tak tau. Baguslah agamawan dah bagi pencerahan. Tak payah kecam. Nak tolong, tolong ja perkara lain; cuci rumah, cuci kedai.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 11:35 AM | Show all posts
aku jangan kata rumah ibadat agama lain

bilik aku sendiri pun aku xcuci ,org lain yg buatkan

muahahhahhahahhahahhahahahha

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2022 11:37 AM | Show all posts
OK everybody

jadilah muslim , solatlah di awal waktu

keluarkan zakat

Jangan bergaduh sesama-sendiri

baca quran ,fahamkan

pergi kelas fardhu ain belajar agama , amalkan

Dunia yg  menghampiri kiamat

pesanan apa yg paling kalin perlukan melainkan bertaubatlah , yg paling bangang antara kita ialah yang tangguh taubat kepada Allah.

muahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Byeeeeee


Diknah nak keluar

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
I still dont get it. Cuci kuil boleh sebabkan akidah terpesong ke? Mencuci bkn lah menyembah. Membantu sesama manusia kan satu amalan baik. Cuci kwsn common area jah bkn tlg lap dewa deorg kan? Ke bebudak ni g gilapkan dewa2 kt kuil tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2022 01:17 PM | Show all posts
masalahnya, yg cuci tu penuntut UIA, feeling2 dh abis belajar,

bukan budak kelas belakang, sekolah ke apa.

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 01:27 PM | Show all posts
babi much????  agama lain rileks je tolong basuh masjid...  sekali tang kita, semua takleh...  kecibaian apakah???  
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
eyansss replied at 15-1-2022 05:27 AM
babi much????  agama lain rileks je tolong basuh masjid...  sekali tang kita, semua takleh...  kecib ...

tu buat nampak Islam boring dan menyusahkan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
allshares replied at 15-1-2022 03:44 AM
I still dont get it. Cuci kuil boleh sebabkan akidah terpesong ke? Mencuci bkn lah menyembah. Memban ...

cuba ahli politik yg buat.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 02:43 PM | Show all posts
Lagi mau claim Islam agama compassion. Siapa mau percaya?

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
eyansss replied at 15-1-2022 01:27 PM
babi much????  agama lain rileks je tolong basuh masjid...  sekali tang kita, semua takleh...  kecib ...

Kan. Tah ape2. Kt nak org tlg kt, sampai kat kt ade tnc plak
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 15-1-2022 02:23 PM
cuba ahli politik yg buat.

Kalau ahli politik buat, tgk jgk ahli politik side mana. Tapi kan ade ke ahli politik yg rajin nk tlg gotong royong ni. Yg berlakon ramai la.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:23 AM GMT+8 , Processed in 0.324255 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list