CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1271|Reply: 5

Pengguna aplikasi TikTok katewww Nana macam sesuai dengan Shuib

  [Copy link]
Post time 15-1-2022 12:07 AM | Show all posts |Read mode
Netizen mahu Nana, Shuib dijodohkan

KUALA LUMPUR: Penyanyi popular, Siti Nordiana, 37, tidak melatah apabila netizen mengaitkannya dengan pelawak, Shuib Sepahtu, 37, sebaliknya, menganggap hanya usikan peminat.

Siti Nordiana yang lebih mesra disapa Nana berkata, dia terkejut apabila video dikongsikan di aplikasi TikTok ketika berkunjung ke sebuah butik menjadi tular, baru-baru ini.

"Sejujurnya, saya tidak tahu video ini menjadi tular. Sebenarnya, saya selalu pergi butik berkenaan untuk mengambil baju untuk persembahan. Pereka fesyen di butik ini sudah biasa bekerjasama dengan saya.

"Namun, tidak sangka pula usikan mengatakan saya menempah baju kahwin menjadi tular sehingga nama dikaitkan dengan Shuib.

"Bagaimanapun, saya sudah lali dengan gosip, malah, tidak mengambil pusing mengenainya," katanya kepada BH Online.

Terdahulu, nama Nana dikaitkan dengan suami kepada Allahyarham Siti Sarah Raissuddin selepas video dipercayai milik pereka fesyen menunjukkan Nana datang ke butiknya untuk menempah baju tersebar.

Malah, pemilik video itu sempat mengusik kononnya Nana datang ke butik menempah baju perkahwinan.

Gara-gara video berkenaan, netizen membuat spekulasi dan cuba menjodohkan Nana dengan Shuib yang kehilangan arwah isteri akibat pandemik COVID-19 pada 9 Ogos lalu.

"Dengan Shuib ke?" tanya seorang netizen.

"Macam sesuai dengan Shuib," komen seorang pengguna aplikasi TikTok.

Ini berikutan Shuib membuat pengakuan sedang mengenali hati budi seseorang, namun, hubungan belum sampai tahap serius pada majlis pelancaran tudung Loveta X Anzalna milik syarikat arwah isterinya, minggu lalu.

Malah, Shuib mendedahkan ibunya sudah memberikan lampu hijau dan menyarankan membuka pintu hati mengenali wanita.

Shuib mendirikan rumah tangga dengan arwah Siti Sarah pada 2011 dan dikurniakan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia lima bulan.

Nana pula pernah mendirikan rumah tangga pelakon Allahyarham Faizal Yusof pada April 2006, namun, bercerai pada September 2009 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohd Rayyan Nakhaie, 14.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-1-2022 12:07 AM | Show all posts

Nama Nana mula dikaitkan dengan Shuib selepas video milik pereka fesyen yang mengusik Nana datang ke butiknya untuk menempah baju kahwin tersebar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2022 12:08 AM | Show all posts

Nana terkejut apabila video dikongsikan di aplikasi TikTok ketika berkunjung ke sebuah butik menjadi tular, baru-baru ini. - Foto IG Siti Nordiana
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
nana ni bukan si fikri ibrahim duk syiok kat dia ... nampak sesuai awat nana x mau kat fikri
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 01:19 AM From the mobile phone | Show all posts
sosimple replied at 16-1-2022 12:19 AM
nana ni bukan si fikri ibrahim duk syiok kat dia ... nampak sesuai awat nana x mau kat fikri

Muda sgt kottt
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 02:32 AM From the mobile phone | Show all posts
sosimple replied at 16-1-2022 12:19 AM
nana ni bukan si fikri ibrahim duk syiok kat dia ... nampak sesuai awat nana x mau kat fikri

Dia tak taste rhoper2 mamak lepastu bulu mata lentik2 dengan banyak bulu kot

Sheols so far peponen bottom je mendekati sheols. Macam Kai dan Zoey

Soo Nana kena bersedia menjadi Top pakai strap on. takpun terpaksa hadapi nasib sesama bella.

Dengar kata tika malam jumaat bella tengah lakukan posisi menonggeng. Terkejut beruk bella tengok dekat sebelah, Nazimah pun sedang dalam posisi menonggeng last2 dua2 menonggeng sampai ke subuh menanti di tusuk objek tumpul. Hujung2 sampai ke maghrib pun masih menonggeng keras takde pape yang terjadi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:21 AM GMT+8 , Processed in 0.067361 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list