CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2292|Reply: 9

Isteri beli beras dapat gelaran Datuk, yang penting bukan palsu persis hadiah berlian dari bff terbaru Anju itteww

  [Copy link]
Post time 14-1-2022 11:54 PM | Show all posts |Read mode
Aishah kini bergelar Datuk

KUALA LUMPUR: Penyanyi Janji Manismu, Aishah menyifatkan gelaran Datuk yang dikurniakan kepadanya sebagai pembakar semangat melangkah ke fasa baharu dalam kehidupan.

Terharu penghargaan diberikan, Aishah atau nama sebenarnya, Wan Aishah Wan Ariffin, 57, namun, agak terkilan tidak dapat meraikan berita gembira bersama insan tersayang.

"Saya terharu. Gelaran Datuk ini menterjemahkan pengiktirafan sepanjang 35 tahun pembabitan saya dalam dunia persada seni suara.

"Namun, ada juga terselit perasaan sedih mengenangkan tiada ibu bapa dan adik-beradik meraikan pengiktirafan ini.

"Nasib baik, saya masih ada anak-anak, rakan dan peminat untuk berkongsi kegembiraan bersama dengan pencapaian ini," katanya kepada BH Online.

Aishah dianugerahkan pingat Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) membawa gelaran Datuk sempena Hari Keputeraan ke-74 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, hari ini.

Penyanyi kelahiran Jempol, Negeri Sembilan itu berkata, dia menerima berita gembira penganugerahan dan menerima surat rasmi mengenainya pada Disember lalu.

"Insya-Allah, saya akan menghadiri istiadat pengurniaan darjah kebesaran pada Sabtu depan," katanya.

Dalam perkembangan lain, penyanyi bervokal mantap itu mengakui, sedang menghitung hari untuk melancarkan single terbaharu.

"Rakaman vokal sudah siap dilakukan, hanya menunggu lampu hijau mengeluarkan single ini. Insya-Allah, lagu ini akan menemui peminat selewat-lewatnya awal Februari," ujarnya.

Meskipun pernah berduet bersama penyanyi Datuk Malek Ridzuan menerusi lagu Mawar Putih Mawar Merah, nama, Aishah hanya meledak selepas menganggotai kumpulan The Fan Club.

Bersama band yang berasal dari New Zealand itu, mereka sempat merakamkan dua album iaitu Sensation (1988) dan Respect The Beat (1989).

Aishah juga berjaya mengharumkan nama negara apabila lagu Sensation, Call Me, Never Give Up On You dan Paradise menduduki banyak carta muzik dunia. Ini termasuk single Don't Let Me Fall Alone yang pernah menduduki carta Billboard Hot 100.

Dua tahun kemudian, Aishah kembali ke tanah air dan merakamkan album solo berjudul Aishah terbitan Allahyarham Datuk Adnan Abu Hassan.

Lebih tiga dekad beraa dalam belantara seni, Aishah banyak menghasilkan lagu popular antaranya Kemaafan Dendam Yang Terindah, Selanjur Bercinta, Cinta Beralih Arah, Melukut Di Tepi Gantang dan banyak lagi.

Aishah juga menjadi penyanyi pertama memenangi kategori Penyanyi Wanita Popular dan Artis Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) pada 1990.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-1-2022 11:55 PM | Show all posts

Aishah menyifatkan gelaran Datuk yang dikurniakan sebagai pengiktirafan terbesar terhadap kerjaya penyanyi selama 35 tahun. - Foto IG Aishah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2022 11:56 PM | Show all posts

Aishah agak sedih tidak dapat meraikan pengiktirafan ini bersama arwah ibu bapa dan adik-beradik. - Foto IG Aishah
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Berapa lama agaknya perbbfan anju & bff baru dia tu akan berkekalan?
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Nunggu bida dengan anjoo gaduh jahhh
so boleh laa deme spill the wineeee gituuuu
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Berapa lama sangat la nak bff tu. Yang pasti sesuai sebab sama2 bibir ikan puyu & hodoh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2022 08:37 AM From the mobile phone | Show all posts
berapa la royalti Tok Ecah dpt tetiap tahun agaknya ye
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Anju & bff dapat perhatian dekat benAng tokchah hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2022 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Anju dan bff sama2 beraura kan kebusukan dan , kegunduan
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku heran lah...retis2 ni apa contribution diorg ek sampai blh dpt title ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:41 PM GMT+8 , Processed in 0.062042 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list