CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 496|Reply: 1

[Sabah] Suspek Kes Bunuh Di Penampang Dicekup Selepas 10 Hari Di Sarawak

[Copy link]
Post time 14-1-2022 11:31 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 15-1-2022 05:44 AM



Suspek kes tikam berjaya ditahan di SarawakPENAMPANG: Selepas kira-kira 10 hari melarikan diri, suspek yang dikehendaki kerana terlibat dalam kes tikam sehingga menyebabkan kematian seorang lelaki di pusat hiburan di Penampang Baru pada 4 Januari lalu akhirnya ditahan.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim (gambar) berkata suspek dikenalpasti sebagai Kaw Yung Chee, 35 ditahan di sebuah hotel di Limbang, Sarawak kira-kira jam 11 malam Khamis lalu.

“Bertindak dengan maklumat risikan, suspek berjaya ditahan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang melalui kerjasama disalurkan pasukan IPD Limbang.

“Suspek akan dibawa pulang ke sini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Terdahulu mangsa, Jusmani Duragan, 29, disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah dengan kesan tikaman objek tajam semasa mendapatkan rawatan di Hospital Queen Elizabeth.

Polis turut menahan seorang lagi rakan suspek yang dipercayai turut terlibat dalam kes ini.


utusanborneo.com.my/2022/01/14

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-1-2022 01:45 PM | Show all posts


Suspek Kes Bunuh Di Penampang Dicekup Selepas 10 Hari Di Sarawak

KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang diburu polis bagi membantu siasatan kes bunuh di sebuah pusat hiburan di Penampang, berjaya dicekup di Sarawak, 10 hari selepas kejadian.

Suspek berusia 34 tahun itu ditahan di sebuah hotel di Limbang, Sarawak, pada 10.55 malam.

Ketua Polis Penampang, Mohd Haris Ibrahim, berkata suspek akan dibawa pulang untuk membantu siasatan bagi tuduhan bunuh.

Suspek disyaki terlibat dengan kes tikam seorang lelaki berusia 29 tahun di kelab malam itu pada 3 pagi, 4 Jan.

Mangsa meninggal dunia ketika dirawat di hospital. – FMT


sabahpost.net/2022/01/14
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:22 PM GMT+8 , Processed in 1.674674 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list