CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 307|Reply: 0

[Sabah] MINDEF umum inisiatif baharu untuk keselamatan Sabah

[Copy link]
Post time 14-1-2022 11:10 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 14-1-2022 03:12 PM



TAWAU : Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, membentangkan dua inistiatif baharu demi menambahbaik sistem kawalan keselamatan di Sabah sesuai dengan jaminan usaha yang telah dijanjikan bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Haji Noor tempoh hari.

Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengumumkan dua inisiatif tersebut iaitu pertama untuk menguruskan penubuhan kem tentera baharu dan kedua untuk mewujudkan semula kerjasama dengan negara jiran, Indonesia dan Filipina, melalui pengaktifan semula Trilateral Cooperative Arrangement (TCA).

Sejumlah RM646.15 juta peruntukan telah disediakan setelah diluluskan oleh Kementerian Kewangan (MOF) bagi menjayakan inisiatif pertama untuk membina kem tentera baharu Tentera Darat di FELDA Sahabat, Lahad Datu seperti yang dirancang.

Hishammuddin yang melawat Markas Angkatan Tugas Bersama (ATB) hari ini juga menerangkan berkenaan inisiatif mewujudkan semula TCA dilakukan menimbangtara persamaan kedua – dua buah negara jiran yang akan terlibat mempunyai sasaran musuh yang sama untuk saling menjaga sempadan daripada ancaman musuh.

“Banyak lagi perancangan khusus buat Sabah akan saya umumkan dari semasa ke semasa,” jelasnya.


suarasabahtoday
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:32 PM GMT+8 , Processed in 0.129109 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list