CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 825|Reply: 5

Pengarah/penerbit Kyliah A Halimah tak boleh diharap, Alisah Kepam Amin jugak yang kena keluar duit untuk penggambaran filem?

  [Copy link]
Post time 14-1-2022 10:52 PM | Show all posts |Read mode
Alicia labur duit bantu penerbit filem

KUALA LUMPUR: Secara luarannya, model dan pelakon sensasi, Alicia Amin kelihatan sombong, bersikap lantang dan terbuka, ditambah lagi, sering mencetuskan kontroversi.

Namun, benarlah kata pepatah, jangan menilai buku dari kulitnya. Meskipun nampak sukar didekati, wanita tinggi lampai itu cukup disenangi pengarah dan penerbit Kotaki Studios Sdn Bhd, Kyle A Halim.

Pengarah muda itu memberi kepercayaan kepada Alicia menggalas tanggungjawab menerajui filem sulung bergenre thriller dan seram arahannya berjudul The Disappearance of Irdina Adhwa.

Kyle berkata, dia tidak kisah jika ada mempertikaikan tindakannya memilih Alicia membintangi filem itu.

Katanya, dia tidak melihat luaran dan persepsi yang dilemparkan terhadap seseorang pelakon. Apa yang penting, kemampuan pelakon itu melaksanakan tugas diberikan.

"Asalnya, saya memilih pelakon lain. Bagaimanapun, disebabkan tiada kata persetujuan, pengurus produksi mencadangkan nama Alicia.

"Saya terus bersetuju dan tidak menganggap pemilihan Alicia sebagai satu masalah. Bagi saya, bukan kontroversi atau sensasi jadi ukuran, sebaliknya, saya mahukan pelakon yang boleh membawa karakter dengan baik.

"Kali pertama bertemunya, nyata Alicia berbeza dengan persepsi yang dilemparkan kepadanya. Jauh beza bagaikan bumi dengan langit.

"Alicia mesra, mudah didekati dan sangat baik hati. Dia tahu saya berasal dari Sandakan, Sabah dan tinggal bersendirian sepanjang penggambaran di Semenanjung Malaysia, jadi, dialah yang selalu mengambil berat mengenai saya," katanya kepada BH Online.

Pengarah dan penerbit berusia 28 tahun itu berkata, Alicia juga banyak membantunya sepanjang penggambaran filem The Disappearance of Irdina Adhwa.

"Saya masih ingat, Alicia menghubungi saya kerana tahu saya sedang mencari peralatan memanah untuk penggambaran.

"Jadi, Alicia mengajak saya ke sebuah kedai di Sungai Buloh, tetapi, malangnya kedai berkenaan tutup. Alicia kemudiannya membawa saya ke Bangi.

"Sebenarnya, saya tidak bercadang membeli peralatan memanah ini, tetapi, Alicia mungkin tahu saya harus berkira-kira dengan bajet. Dia terus mengambil peralatan ini dan membayarnya," kongsi Kyle.

Kyle berkata, dia terharu dengan sikap pemurah pelakon kelahiran Johor Bahru itu.

Malah, kata Kyle, Alicia tidak berkira, malah, banyak melaburkan wang untuk filem The Disappearance of Irdina Adhwa ketika penggambaran, tahun lalu.

"Sebab itulah, kita jangan menilai seseorang dari sudut luaran, kena kenal hati budi. Bagi saya, Alicia seorang rakan yang baik dan mudah bekerjasama.

"Selain itu, Alicia juga sering memberikan kata-kata semangat kepada saya sepanjang penggambaran," katanya.

Mengulas pemilihan Alicia sebagai teraju utama, Kyle berkata, kebolehannya bertutur dalam dialek Sabah dengan baik menjadi salah satu faktor kelebihannya membawa watak Sofia.

"Naskhah ini menggunakan 20 peratus dialek Sabah, selebihnya bahasa Melayu. Jadi, pemilihan Alicia sangat bertepatan kerana mampu bertutur dengan baik.

"Saya memang terkejut kerana Alicia bukan berasal dari Sabah. Tetapi, rupa-rupanya, Alicia kerap ke Sabah untuk menyertai Pesta Kaamatan," kata Kyle.

Selain Alicia, filem sulung terbitan Kotaki Studios itu turut dibintangi Syazuwan Hassan, Josiah Hogan, Bulan Terry, Nafiz Muaz, Melanie Tan, Nelissa Nizam, Hasmira Azmi dan Abbas Mahmoud. Ia bakal menemui penonton menerusi tayangan di Astro First pada 24 Februari ini.

Filem The Disappearance of Irdina Adhwa yang menjalani penggambaran di Melaka dan Kundasang, Sabah selama 15 hari mengisahkan Sofia menyertai tujuh rakan kolej bercuti dan berkelah sebaik majlis graduasi selesai.

Namun, berlaku kejadian tidak diingini dan diselubungi misteri apabila salah seorang rakannya terbunuh ketika mereka menginap di sebuah rumah peranginan pada malam pertama.

Bagaimanapun, Sofia dan rakan-rakannya terperangkap dalam rumah peranginan berkenaan dan tidak boleh keluar minta pertolongan untuk menyelamatkan diri.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-1-2022 10:52 PM | Show all posts

Alicia banyak membantu Kyle bukan sahaja soal wang ringgit, malah, sering memberikan kata semangat sepanjang penggambaran filem The Disappearance of Irdina Adhwa di Melaka, tahun lalu. - Foto Ihsan Kotaki Studio.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2022 10:53 PM | Show all posts

Kyle tidak kisah jika ada mempertikaikan tindakannya memilih Alicia sebagai teraju utama, sebaliknya, persepsi terhadap seseorang bukan ukuran. - Foto Ihsan Kotaki Studio
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2022 10:53 PM | Show all posts

Antara babak Alicia dalam filem bergenre thriller dan seram, The Disappearance of Irdina Adhwa. - Foto Ihsan Kotaki Studio
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2022 10:54 PM | Show all posts
[ig]https://www.instagram.com/p/CQyFwaplajD/[/ig]

Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 11:22 PM | Show all posts
rupanya studio ni 2020 haritu baru dapat dana finas... soo theyols beli ler kamera pakai dana tu kot.. tu yang sangkak... sebab muda lagi dan jauh lagi perjalanan... harap2 best la cinematography semua dengan storyline filem deorang...

kalau sampah persis penerbit2 tua jubo layut cinematography tahun 2000an macam a eda... baik kau shoot orang pengantin je dik dari perabih dana finas...
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:44 PM GMT+8 , Processed in 0.081176 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list