CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 838|Reply: 4

Lapan penyanyi sendu bergabung hasilkan single mengenai ujian, usaha dan pencapaian masing-masing. Pencapaian penyanyi terpaling sendu kewww?

  [Copy link]
Post time 14-1-2022 10:14 PM | Show all posts |Read mode
Kolaborasi lapan penyanyi hip hop

KUALA LUMPUR: Lapan penyanyi hip hop berbakat besar, Yonnyboii, Kmy Kmo, Luca Sickta, Ical Mosh, Benzooloo, B-Heart, Juki dan Siqma bergabung menghasilkan single baharu berjudul Dua Puluh.

Digubah daripada lagu asal Marysia tulisan Kmy dan B-Heart, single Dua Puluh dikatakan membawa makna besar dan peribadi buat mereka.

Berkongsi kisah di sebalik single Dua Puluh, Kmy berkata, dia mengimbau kisah penghijrahan ke kota besar, manakala rakannya, Luca menyentuh soal keyakinan diri. Juki pula sampaikan nasihat berguna berkenaan sifat manusia yang boleh menjadi toksik kepada orang lain.

"Ia sebuah karya yang mengisahkan mengenai ujian, usaha dan pencapaian masing-masing. Contohnya, usaha saya dari budak kampung ke kota raya. Dari ibu kota ke peringkat antarabangsa.

"Karya ini jujurnya bertenaga dan mempunyai aura tersendiri, tambahan dengan barisan rakan yang hebat dengan karakter berbeza," katanya kepada BH Online.

Diterajui lapan penyanyi rap, projek single Dua Puluh tidak terlepas daripada cabaran tertentu.

Bukan setakat proses rakaman, bahkan, ada perubahan besar berlaku terutama dalam menjayakan penggambaran video muzik.

Bagaimanapun, kata Luca, setiap halangan berjaya tepis sebaiknya dengan sikap profesionalisme masing-masing.

"Paling mencabar ketika proses 'mixing' dan 'mastering'. Ini kerana penyanyi terbabit perlu menjalankan proses rakaman berasingan.

"Jadi, kualiti bunyi untuk setiap rakaman berbeza, namun, saya bertungkus lumus untuk sama ratakan kualiti suara.

"Untuk penggambaran video muzik, kami terpaksa mengubah jalan cerita asal gara-gara cuaca tidak menentu, namun, mujur selesai juga.

"Kami harus meredah tempoh yang cukup panjang dari tengah hari hingga keesokan pagi untuk menyiapkan penggambaran," katanya.

Apapun, Luca berkata, kerjasama yang terjalin menjayakan single Dua Puluh menjadi bukti betapa bersungguh mereka dalam menyemarakkan industri muzik tempatan.

Baginya, tiada lain diharapkan selain karya ini mampu menambat hati pendengar dan menyerap mesej penting.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-1-2022 10:15 PM | Show all posts

Diterajui lapan penyanyi rap, projek single Dua Puluh tidak terlepas daripada cabaran tertentu termasuklah proses rakaman dan penggambaran video muzik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2022 10:15 PM | Show all posts

Digubah daripada lagu asal Marysia tulisan Kmy dan B-Heart, single Dua Puluh dikatakan membawa makna besar buat lapan penyanyi hip hop.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2022 10:16 PM | Show all posts
[youtube]2O9clC6JFh8[/youtube]
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 09:11 PM | Show all posts
teringat zaman teh tarik crew, toophat bagai semua tu Mungkin sekarang ni zaman aliran hip hop pulak untuk pasaran mesia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:21 PM GMT+8 , Processed in 0.056570 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list