CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 67|Reply: 0

[Sarawak] Acara sukan mega akan berlangsung di Debak

[Copy link]
Post time 14-1-2022 08:50 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Program Kejohanan Futsal Piala ADUN Saribas, Mohamad Razi Sitam Edisi Ke-7 dan Saribas MTB XC Challenge Edisi Ke-7 bakal dilangsungkan di Debak, tahun ini.

Program yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Dun Saribas berkenaan adalah dengan kerjasama Kelab Sukan Rekreasi Laserlight Debak (KSRLD) dan Kelab Belia Pekan Debak.

Pengerusi KSRLD, Saiful Hanizam Suhaini memberitahu, tarikh untuk penganjuran bagi kedua-dua program sukan berkenaan belum ditetapkan lagi.

“Pihak kita telah melakukan kunjungan hormat terhadap YB Mohamad Razi Sitam baru-baru ini serta memaklumkan kepadanya tentang program berkenaan,” ujar Saiful kepada Arena Suara Sarawak.

Tambah beliau lagi, perancangan awal pihaknya untuk menganjurkan kedua-dua acara sukan itu selepas Hari Raya Aidilfitri kelak.

“Tarikh untuk penganjuran kedua-dua program itu kelak akan diketahui selepas ia diputuskan selepas mesyuarat diadakan,” jelas Saiful lagi.

Dalam masa yang sama ujar Saiful, pihaknya turut menzahirkan ucapan tahniah kepada YB Mohamad Razi Sitam atas pelantikan sebagai Menteri Muda II, Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti.


by Suaraswk
January 14, 2022
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

17-5-2022 10:04 PM GMT+8 , Processed in 0.082309 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list