CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 64|Reply: 0

[Sarawak] Tanah susur, jalan ke Kampung Biya kini boleh dilalui

[Copy link]
Post time 14-1-2022 08:42 PM | Show all posts |Read mode


PADAWAN: Jalan menuju ke Kampung Biya, Ulu Padawan yang tertimbus disebabkan oleh tanah susur petang semalam kini boleh dilalui.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak dalam kenyataannya hari ini berkata, jalan berkenaan sudah boleh dilalui pada jam 11 malam tadi, namun kerja pembersihan masih dijalankan.

“Justeru, pemandu dinasihatkan untuk berhati-hati semasa menggunakan laluan tersebut,” katanya.

Jelasnya, JKR Sarawak menerima laporan berhubung kejadian tanah susur di Jalan menuju ke Kampung Biya sebelum SK Kambug kira-kira jam 4.30 petang.

“Berdasarkan penelitian awal, punca runtuhan disebabkan oleh hujan lebat yang agak lama mengakibatkan tanah menjadi lembut dan susur.
“Ini menyebabkan jalan utama tersebut terhalang oleh runtuhan tanah dan tidak dapat dilalui oleh kenderaan,” katanya.

Sehubungan itu, JKR Sarawak komited untuk segera bertindak membersihkan kawasan runtuhan dan meletak papan tanda amaran trafik.


TANAH SUSUR…Jalan ke Kampung Biya ditimbus tanah kira-kira jam 4.30 petang.


January 14, 2022
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

17-5-2022 11:34 PM GMT+8 , Processed in 2.261191 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list