CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 77|Reply: 0

[Sarawak] Pendidikan di Sarawak terus dipertingkatkan

[Copy link]
Post time 14-1-2022 06:32 PM | Show all posts |Read mode


SAMARAHAN: Kerajaan negeri komited untuk meningkatkan pembangunan pendidikan di Sarawak agar tiada pelajar yang ketinggalan.

Menurut Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Roland Sagah Wee Inn, kementeriannya akan membantu kerajaan persekutuan dalam membangunkan sistem pendidikan, khususnya bagi mempercepatkan kemajuan pendidikan di Sarawak.

“Justeru, fokus kementerian adalah untuk meningkatkan prestasi pelajar kita yang ketinggalan terutamanya dalam peperiksaan awam seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Menteri Muda Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dr Annuar Rapaee dalam Majlis Perasmian Program Outreach Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA) Zon Sarawak, di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sarawak Kampus Samarahan semalam.

Ujarnya, kerajaan negeri juga tidak hanya duduk diam, tetapi mengambil peranan dan tanggungjawab untuk meningkatkan pendidikan Sarawak.

“Walaupun bidang pendidikan terletak di bawah tanggungjawab kerajaan persekutuan dari segi bajet dan dasar, kita juga akan memainkan peranan kita supaya prestasi akademik pelajar kita dapat ditingkatkan dan tidak ada yang ketinggalan,” katanya lagi.

Beliau menjelaskan, sejak kementerian ini ditubuhkan pada 2017, kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM2.174 bilion untuk menjalankan program berkaitan pendidikan.

“Ini mencerminkan komitmen kerajaan negeri untuk menjadikan pendidikan sebagai salah satu pelaburan dalam modal insan,” tambahnya.


sarawakvoice.com/2022/01/14

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Forum Hot Topic



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

24-5-2022 03:03 PM GMT+8 , Processed in 0.181718 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list