CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 289|Reply: 0

[Borneo] Program pemutihan lesen bagi Sabah, Sarawak, Labuan mulai esok

[Copy link]
Post time 14-1-2022 06:18 PM | Show all posts |Read mode



KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melaksanakan program pemutihan lesen bagi pengusaha pelancongan dan pemandu pelancong yang layak untuk membuat permohonan pembaharuan lesen mulai esok (15 Januari) hingga 28 Febuari depan.


MOTAC dalam kenyataan hari ini berkata program ini melibatkan Agensi Pelancongan (TOBTAB), Agensi Malaysia Rumah Keduaku (MM2H), Institut Latihan Pelancongan (ILP), Pemandu Pelancong (TG) dan Permit Bas Persiaran atau Kereta Sewa Pandu (BPKSP) bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan sahaja.

Kenyataan itu turut memaklumkan program berkenaan terbuka kepada pengusaha pelancongan, pemandu pelancong serta agensi pelancongan yang mempunyai operasi kenderaan pelancongan (Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan sahaja) yang layak.

“Pengusaha pelancongan dan pemandu pelancong yang lesennya termasuk lesen-lesen tambahan serta permit kenderaan pelancongan yang telah tamat tempoh sah laku bermula 1 Januari 2020 sehingga kini akan dipertimbangkan kelulusan pembaharuan.

“Permohonan pembaharuan lesen adalah tertakluk kepada Garis Panduan Pembaharuan Lesen Sedia Ada,” katanya.

Selain itu, lesen pengusaha pelancongan, pemandu pelancong dan permit kenderaan pelancongan yang telah tamat tempoh sebelum 1 Januari 2020 adalah tidak layak untuk memperbaharui lesen dalam tempoh pemutihan ini dan akan dikeluarkan daripada senarai dan rekod MOTAC dan akan dimuat naik ke laman sesawang rasmi MOTAC untuk makluman semua pihak.

“Justeru itu, dengan pelaksanaan pelanjutan inisiatif ini, MOTAC berharap pengusaha pelancongan dan pemandu pelancong yang layak mengambil peluang ini untuk membuat permohonan pembaharuan lesen dalam tempoh yang ditetapkan.

“Bagi maklumat lanjut sila layari laman sesawang MOTAC ataupun menghubungi Pejabat MOTAC Negeri yang berdekatan,” menurut kenyataan itu.

MOTAC berkata pihaknya sentiasa prihatin dengan senario cabaran besar dan berterusan yang masih dihadapi oleh penggiat industri pelancongan susulan impak pandemik COVID-19 dan mengambil kira cabaran itu, MOTAC bersetuju melaksanakan program pemutihan lesen tersebut. - BERNAMA


utusanborneo.com.my/2022/01/14
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:15 PM GMT+8 , Processed in 0.413028 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list