CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 284|Reply: 0

[Sarawak] Raba, cium pipi dan peluk kanak-kanak, pemuda kena 12 tahun

[Copy link]
Post time 14-1-2022 06:16 PM | Show all posts |Read mode


Raba buah dada, cium pipi dan peluk kanak-kanak, pemuda kena 12 tahun


Tertuduh (tengah) dijatuhi hukuman penjara 12 tahun akibat melakukan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak berusia 11 tahun.

KUCHING: Perbuatan seorang pemuda yang mencium pipi, meraba buah dada, menyentuh kemaluan dan memeluk kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun membawa padah apabila dia dijatuhi hukuman penjara 12 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Pemuda berusia 25 tahun itu mengaku bersalah sebaik tiga pertuduhan masing-masing dibuat mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dibaca bersama Seksyen 14 Akta sama, dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah.

Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan.

Mengikut ketiga-tiga pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut dalam tiga kejadian berasingan, masing-masing pada 28 September 2021, 30 September 2021 dan 3 Oktober 2021, antara jam 12 tengah malam dan 1 pagi, di sebuah rumah di Matang, di sini.

Berdasarkan keterangan kes, ibu mangsa mendapat tahu anak perempuannya telah dicabul oleh tertuduh.

Sehubungan itu, laporan polis dibuat dan tertuduh ditangkap pada 15 Oktober 2021.

Difahamkan, tertuduh merupakan kenalan kepada mangsa.

Sebelum dijatuhkan hukum, tertuduh yang tidak diwakili peguam itu memaklumkan dia merupakan seorang duda anak satu dan merayu agar tidak dikenakan hukuman berat atas alasan dia merupakan pencari nafkah tunggal bagi keluarganya.

Tertuduh yang bekerja sendiri itu juga menyatakan dia menyesali perbuatan berkenaan serta berjanji untuk tidak mengulanginya.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Md Syafique Md Hilmie bagaimanapun memohon agar tertuduh dijatuhi hukuman sewajarnya dengan mengambil kira keseriusan kesalahan yang dilakukan, kepentingan awam dan mengambil kira bahawa mangsa adalah kanak-kanak.

Menurut beliau, hukuman berat juga akan memastikan tertuduh tidak mengulangi perbuatan tersebut.

Selain itu, DPP Md Syafique juga memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman secara berturutan susulan kesalahan dilakukan tertuduh dalam tiga kejadian berasingan.

Sehubungan itu, Hakim Maris Agan menetapkan tertuduh dijatuhi hukuman penjara empat tahun bagi setiap pertuduhan yang dihadapinya.

Maris juga memerintahkan hukuman penjara dijalankan secara berturutan berkuatkuasa hari ini.


utusanborneo.com.my/2022/01/14

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:52 PM GMT+8 , Processed in 0.276734 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list