CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 232|Reply: 0

[Sarawak] Pemuda Indonesia tinggal lebih tempoh, pas lawatan tamat dipenjara

[Copy link]
Post time 14-1-2022 06:14 PM | Show all posts |Read mode


Tertuduh (tengah) diiringi polis semasa keluar dari kamar Mahkamah Kuching.

KUCHING: Seorang pemuda dari Pontianak, Indonesia, dijatuhkan hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini kerana tinggal di Malaysia selepas tamat tempoh pas lawatan.

Hakim Maris Agan menetapkan hukuman penjara bagi tertuduh, Calvin Julio, 23, yang mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut, untuk dikuatkuasakan hari ini.

Mahkamah juga memerintahkan tertuduh dirujuk ke Jabatan Imigresen Malaysia bagi tujuan pengusiran setelah selesai menjalani hukuman.

Mengikut pertuduhan, lelaki tersebut didakwa melakukan kesalahan itu pada 28 Disember 2021, jam 4.05 petang, di sebuah rumah di Jalan Penrissen, Batu 10 di sini.

Berdasarkan keterangan kes, sepasukan polis membuat serbuan terhadap rumah itu susulan disyaki terdapat kegiatan perjudian dalam talian.

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati cop pas lawatan sementara milik tertuduh telah tamat tempoh.

Justeru, tertuduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 yang jika sabit kesalahan, boleh dijatuhi hukuman denda tidak kurang daripada RM10,000 atau penjara bagi tempoh tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam itu memohon maaf kerana melakukan kesalahan terbabit.

Tertuduh juga merayu agar tidak dikenakan hukuman berat atas alasan dia merupakan sumber pendapatan utama bagi keluarganya di Indonesia.

Timbalan Pendakwa Raya, Danial Mohamad Ali memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman berat dengan mengambil kira faktor-faktor seperti kekerapan kes, berat kesalahan dilakukan, kemasukan pendatang tanpa izin di negara dan kepentingan awam.


utusanborneo.com.my/2022/01/14
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 09:44 PM GMT+8 , Processed in 0.077382 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list