CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 108|Reply: 0

[Sabah] Cubaan lima PTI masuk secara haram waktu malam gagal

[Copy link]
Post time 14-1-2022 06:11 PM | Show all posts |Read mode


PADAH: Kesemua PTI yang ditahan dibawa ke Jeti Zon Maritim Tawau untuk tindakan lanjut.

TAWAU: Cubaan lima pendatang tanpa izin (PTI) masuk secara haram ke negara ini pada waktu malam gagal selepas ditahan pasukan Maritim Malaysia di Sungai Apas, di sini semalam.

Dalam kejadian jam 11.10 malam itu, kesemua PTI terbabit dikesan menggunakan sebuah bot jongkong di kedudukan 3.5 batu nautika tenggara sungai berkenaan.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Siva Kumar Vengadasalam berkata kejayaan itu hasil maklumat risikan mengenai terdapatnya cubaan melintasi sempadan pada waktu lewat malam.

“Pasukan Maritim yang menjalankan pemantauan Ops Cegah PTI Selatan COVID-19 mengesan bot berkenaan masuk dari arah sempadan negara jiran dalam keadaan mencurigakan.

“Sebaik berjaya ditahan, pasukan Maritim mendapati terdapat lima warga asing termasuk juragan berumur 32 hingga 52 tahun di dalam bot berkenaan,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Menurutnya, siasatan mendapati kesemua warga asing yang ditahan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah dan bot berkenaan juga tidak mempunyai nombor pendaftaran.

“Kesemua PTI bersama bot berkenaan dibawa ke Jeti Zon Maritim Tawau untuk pemeriksaan serta siasatan lanjut.

“Ujian saringan COVID-19 turut dilakukan ke atas semua tahanan supaya tidak berlakunya penularan wabak yang dikhuatiri dari negara jiran,” katanya.

Katanya, nilai keseluruhan rampasan termasuk bot jongkong dan enjin dianggarkan bernilai kira-kira RM20,000.

“Kes disiasat mengikut Enakmen Jabatan Pelabuhan dan Dermaga  Sabah (JPDS) dan Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Siva berkata pihaknya akan terus memperkasakan tugas penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti yang menyalahi undang-undang khususnya di perairan timur Sabah.

“Kerjasama dengan agensi penguatkuasa yang lain akan terus diperkukuhkan demi memastikan undang-undang negara sentiasa dipatuhi,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/01/13
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

17-5-2022 11:11 PM GMT+8 , Processed in 0.082568 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list