CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 313|Reply: 0

[Sarawak] DUN Sarawak bersidang tiga hari pada Februari depan

[Copy link]
Post time 14-1-2022 06:09 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Mesyuarat Pertama bagi Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 akan diadakan tiga hari pada Februari depan.

Setiausaha DUN Pele Peter Tinggom menerusi notis persidangan yang dituju kepada Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berkata, ia selaras dengan peruntukan Peraturan Mesyuarat 6 (1).

"Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Pertama bagi Penggal Pertama DUN Ke-19 akan diadakan di Dewan Mesyuarat DUN mulai 14 Februari hingga 16 Februari 2022 pada jam 9 pagi setiap persidangan," katanya.

Selain itu ujarnya selaras dengan kehendak Peraturan Mesyuarat 3, Peraturan-Peraturan Mesyuarat DUN Sarawak turut diadakan pada 14 Februari adalah upacara agkat sumpah ahli DUN.

"Sukacita dimaklumkan bahawa Upacara Angkat Sumpah bagi Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri akan diadakan pada 14 Febaruari jam 9 pagi di DUN," katanya.
Notis yang bertarikh hari ini (14 Januari 2022) itu diagihkan kepada semua ahli DUN Sarawak.


utusanborneo.com.my/2022/01/14


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:59 PM GMT+8 , Processed in 0.379022 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list