CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 247|Reply: 0

[Sabah] Tahun Baharu Cina, perayaan oleh semua masyarakat Malaysia

[Copy link]
Post time 14-1-2022 06:02 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Presiden Kehormat Persatuan Foo Chow Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Ling Hie Sing (gambar) memuji kumpulan penyanyi muslim yang merakamkan lagu 'Dong Dong Qiang' versi Bahasa Melayu sempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina.

Katanya, tidak dinafikan ramai penyanyi berlatar belakang muslim dan india sebelum ini telah merakamkan lagu Tahun Baharu Cina sekali gus menjadikan perayaan itu lebih harmoni dengan suasana yang lebih gembira.

Menurutnya, kumpulan disifatkan sangat mesra itu mempersembahkan 'Dong Dong Qiang' dengan penuh elemen Tahun Baharu Cina membuatkan pendengar terpesona dengan nyanyian mereka.

Katanya, nyanyian diselitkan ucapan perayaan ini serta kesatuan penting membawa maksud lebih penting berbanding sesetengah ahli politik yang mahu menjejaskan keharmonian.

Ling berkata, budaya perayaan di Malaysia khususnya sempena Tahun Baharu Cina turut dirasai semua masyarakat dengan tarian singa, naga seterusnya menjadikan negara ini penuh dengan kegembiraan ketika dalam festival.

"Rakyat negara ini mampu mendendangkan lagu Tahun Baharu Cina menggunakan bahasa bukan mandarin, ini sesuatu yang baik dan perlu digalakkan.

"Ini bukan sahaja akan menguatkan kesatuan dan persefahaman bersama dalam kalangan semua etnik, tetapi juga membolehkan pihak-pihak pelampau sedar," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau memberi contoh China kini sudah berkembang kuat di peringkat antarabangsa khususnya bahasa mereka yang ini bersifat global.

"Keadaan itu akan meningkatkan peluang kepada rakan-rakan kita untuk lebih memahami budaya festival dan seterusnya mempelajari bahasa berkenaan," katanya.


utusanborneo.com.my/2022/01/14
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:34 PM GMT+8 , Processed in 0.055743 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list