CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 236|Reply: 0

[Sabah] Tujuh cedera, dua kereta bertembung

[Copy link]
Post time 14-1-2022 06:00 PM | Show all posts |Read mode


BERTEMBUNG: Keadaan salah sebuah kenderaan selepas pertembungan di Jalan Aeropod Tanjung Aru di sini.



BERSIH: Pasukan bomba menjalankan operasi membersihkan kesan kemalangan di Jalan Aeropod Tanjung Aru di sini.

KOTA KINABALU: Tujuh individu termasuk kanak-kanak mengalami kecederaan selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Aeropod Tanjung Aru di sini kelmarin.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Misran Bisara berkata kejadian berlaku jam 6.35 petang membabitkan kereta jenis sedan dan kompak.

“Pertembungan kedua-dua kenderaan menyebabkan tujuh individu terperangkap di dalam kereta berkenaan dan dikeluarkan oleh pasukan bomba yang tiba di lokasi.

“Lima mangsa termasuk tiga dewasa serta dua kanak-kanak di dalam kenderaan kompak dan dua individu dewasa di dalam kenderaan kompak mengalami kecederaan diberikan rawatan awal di lokasi oleh pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Kesemua mangsa seterusnya dihantar ke Hospital Queen Elizabeth 2 menggunakan Jentera EMRS Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu dan EMRS Lintas,” katanya.

Menurutnya pasukan bomba juga membantu membersihkan lokasi kejadian dan operasi tamat jam 7.37 malam.


utusanborneo.com.my/2022/01/14
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:45 PM GMT+8 , Processed in 0.061458 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list