CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 422|Reply: 3

[Tempatan] Kastam rampas 4 tan bekalan mercun Tahun Baharu Cina

[Copy link]
Post time 14-1-2022 05:08 PM | Show all posts |Read mode
Kastam rampas 4 tan bekalan mercun Tahun Baharu Cina


Mohd Nasir (dua dari kiri) bersama pegawainya menunjukkan rampasan mercun seludup bernilai lebih RM130,000 dalam serbuan sebuah gudang menemui 600 guni dan 15 kotak yang berisi kesemua bahan api berkenaan dipercayai diseludup dari negara jiran, Thailand di Kampung Atas Pinggir, Tendong, di Rantau Panjang. - NSTP/Nik Abdullah Nik Omar



RANTAU PANJANG: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas hampir empat tan mercun seludup bernilai lebih RM130,000 dalam serbuan terhadap sebuah gudang di Kampung Atas Pinggir, Tendong, di sini, kelmarin.

Pengarah JKDM Kelantan, Mohd Nasir Deraman, berkata dalam tangkapan jam 9 malam itu, pihaknya turut menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 40an, disyaki terbabit dalam penyeludupan mercun jenis bola dan CN4002 terbabit.

Katanya, hasil pemeriksaan di dalam gudang menemui 600 guni dan 15 kotak yang berisi kesemua bahan api berkenaan dipercayai diseludup dari negara jiran, Thailand yang mana disyaki sempena sambutan Tahun Baharu Cina pada awal Februari depan.

"Hasil soal siasat mendapati, modus operandi yang digunakan adalah dengan membawa masuk mercun secara berperingkat melalui Sungai Golok yang menjadi sempadan Malaysia-Thailand.

"Mercun yang diseludup kemudian dikumpul dan disembunyikan di lokasi transit bagi memastikan pergerakan mereka selamat daripada pihak Berkuasa sebelum dibawa ke Johor untuk pasaran di sana.

"Suspek lelaki ditahan manakala barangan dirampas untuk disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967," katanya dalam sidang media Pusat Penguatkuasa JKDM Rantau Panjang, di sini, hari ini.

Mohd Nasir berkata, jika sabit kesalahan pelaku dikenakan denda tidak kurang dari 10 kali nilai barangan atau RM50,000 yang mana lebih besar dan tidak lebih daripada 20 kali nilai barangan atau RM500,000 atau dipenjarakan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama.

"Berdasarkan soal siasat juga, pihak kami mendapati lokasi transit yang diserbu menjadi stor simpanan ayam sejuk beku sebelum ini. Malah, suspek mengakui menerima upah RM500 untuk penyimpanan mercun selain turut disyaki terbabit dengan sindiket penyeludupan.

"Orang ramai digesa untuk membantu pihak JKDM menangani jenayah penyeludupan khususnya rokok, minuman keras, mercun dan dadah selain dinasihatkan untuk tidak membabitkan diri dengan kegiatan berkenaan.

"Bagi yang ingin menyalurkan sebarang maklumat boleh menghubungi talian bebas tol JKDM iaitu 1800885 atau pejabat JKDM terdekat kerana pihak kami memberi jaminan identiti setiap pemberi maklumat adalah dirahsiakan," katanya.



Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... n-tahun-baharu-cina

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2022 05:16 PM | Show all posts
Ramai je yang dah menjual dari minggu lepas
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 05:28 PM | Show all posts
yg 1000K tan lepas biasalah kan
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 09:07 PM | Show all posts
kaum depa gak bawak blk suh anak juai...x pun main sendiri...pundiamak btol
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 03:32 PM GMT+8 , Processed in 0.393054 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list