CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 248|Reply: 0

[Sabah] Taman Buaya Tuaran promosi pelancongan pendidikan budaya

[Copy link]
Post time 14-1-2022 04:35 PM | Show all posts |Read mode



[backcolor=rgba(0, 0, 0, 0.05)]SAKSI: Joniston (berdiri, tengah) menyaksikan perjanjian kerjasama berkenaan.
[backcolor=rgba(0, 0, 0, 0.05)]

KOTA KINABALU: Taman Buaya Tuaran dengan kerjasama organisasi warisan serta kreatif tempatan akan menawarkan aktiviti pendidikan budaya kepada pengunjung.


Dalam usaha itu, pihak taman merancang untuk mengubah segmen rumah panjangnya menjadi 'Momogun Heritage Lab' dengan menampilkan pameran kepelbagaian warisan budaya etnik utama di Sabah.

Pihak Muzium Lotud Borneo dan Chanteek Borneo akan menyediakan bahan pameran untuk inisiatif kerjasama itu.

Pengurus Taman Buaya Tuaran Engalbert Awing berkata, rumah panjang itu digunakan untuk mempamerkan persembahan tarian tradisional kepada pengunjung sebagai aktiviti sampingan, namun ruang tersebut tidak lagi digunakan sejak aktiviti pelancongan ditutup akibat pandemik.
Perjanjian kerjasama itu ditandatangani oleh ketiga-tiga pihak terbabit pada Khamis lepas, sambil disaksikan oleh Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar merangkap Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah, Datuk Joniston Bangkuai.
Perjanjian itu ditandatangani oleh pengarah Taman Buaya Tuaran, Chai Wee Ying; pengasas Muzium Lotud Borneo, Pediman Jabau; dan pengasas Chanteek Borneo, Anne Antah.
Sejak aktiviti pelancongan beroperasi semula, Taman Buaya Tuaran merekodkan kira-kira 600 pelawat setiap hari terutama sepanjang musim cuti sekolah. Pengunjung terdiri daripada orang tempatan, pelancong dari Semenanjung, dan golongan ekspatriat.

Sementara itu, Joniston memuji inisiatif dan usaha ketiga-tiga pihak terbabit untuk menggabungkan aktiviti pendidikan yang berkaitan dengan warisan budaya.

“Kita mesti mempromosikan pelancongan pendidikan kerana ia adalah cara terbaik untuk mempelajari sesuatu budaya. Aktiviti pembelajaran secara ‘hands-on’ dapat menambah nilai kepada tarikan yang sedia ada," katanya.

utusanborneo.com.my/2022/01/14

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:37 PM GMT+8 , Processed in 0.057910 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list