CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 219|Reply: 0

[Sabah] Dua warga tempatan ditahan disyaki seludup masuk barang dari negara jiran

[Copy link]
Post time 14-1-2022 04:33 PM | Show all posts |Read mode


RAMPASAN: Barang seludup berkenaan dirampas untuk tindakan selanjutnya.

TAWAU: Dua warga tempatan ditahan selepas membawa pelbagai jenis barang disyaki diseludup masuk dari negara jiran di muara Sungai Tawau, Batu 3 Jalan Apas, di sini semalam.

Dalam kejadian jam 4.15 pagi itu, pasukan Maritim Malaysia yang menjalankan Ops Cegah PTI Selatan di perairan Tawau mengesan sebuah bot kargo dalam keadaan mencurigakan di lokasi berkenaan.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Siva Kumar Vengadasalam berkata pihaknya bertindak memintas bot berkenaan dan menjalankan pemeriksaan.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati bot berkenaan dikendalikan oleh tekong lelaki warga tempatan berumur 32 tahun dan seorang penumpang wanita tempatan berumur 35 tahun.

“Pemeriksaan ke atas bot berkenaan pula menemukan pelbagai jenis barang dipercayai diseludup dari negara jiran.

“Antaranya ialah 1,171 helai kain batik, 500 helai kain pelikat,1,445 helai pakaian wanita, 2,125 ketul gula merah, 2,688 botol losyen badan dan 24 tong gas LPG kosong,”katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Menurutnya, tekong juga gagal menunjukkan sebarang dokumen atau permit yang sah berkaitan muatan yang dibawa.

“Kedua-dua suspek ditahan bersama bot dan muatan seterusnya diiring ke Jeti Maritim Tawau untuk sisatan lanjut.

“Kesemua barang rampasan termasuk bot kargo dan enjin yang disita dianggarkan bernilai RM141,000, manakala kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967 ” katanya.

Siva berkata Maritim Malaysia akan terus memperkasakan tugas penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti yang menyalahi undang-undang di pantai timur Sabah.

“Kerjasama dengan agensi-agensi lain akan terus diperkukuhkan demi memastikan undang-undang negara sentiasa dipatuhi,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/01/14
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:05 AM GMT+8 , Processed in 0.395013 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list