CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 259|Reply: 0

[Sabah] Lelaki terjatuh semasa selenggara lif

[Copy link]
Post time 14-1-2022 04:28 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 14-1-2022 08:29 AM



JATUH: Pasukan bomba menjalankan operasi menyelamatkan mangsa yang terjatuh dari tingkat enam bangunan semasa menyelenggara lif.

KOTA KINABALU: Seorang pekerja lelaki mengalami kecederaan selepas terjatuh semasa menyelenggara lif di salah sebuah tapak pembinaan di ibu negeri.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Misran Bisara berkata pihaknya menggegaskan sepasukan pegawai serta anggota sebaik menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian pada jam 12.28 tengah hari.

“Sebaik tiba, terdapat seorang lelaki yang terjatuh dari tingkat enam sehingga ke bahagian bawah tanah bangunan yang sedang dalam pembinaan semasa menjalankan kerja penyelenggaraan lif.

“Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) kemudiannya memberikan rawatan awal kepada mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian kaki sebelum membawa mangsa naik ke atas menggunakan sistem takal,” katanya.

Beliau berkata mangsa berumur 55 tahun itu kemudiannya diserahkan kepada pihak ambulans untuk tindakan selanjutnya.

Katanya operasi ditamatkan jam 1.15 petang.


utusanborneo.com.my/2022/01/14
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 06:03 PM GMT+8 , Processed in 0.078979 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list