CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 248|Reply: 0

[Sabah] Tiga sekeluarga maut dalam tragedi bot karam

[Copy link]
Post time 14-1-2022 04:24 PM | Show all posts |Read mode


MAUT: Mayat mangsa terakhir ditemukan terapung di perairan pulau berkenaan.

KUNAK: Tiga sekeluarga maut selepas bot yang dinaiki karam dipercayai dipukul ombak di Pulau Tagabua, di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintenden Sabarudin Rahmat berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira jam 4.44 petang.

“Hasil  siasatan mendapati bot berkenaan dinaiki sepasang suami isteri bersama dua anaknya daripada Kampung Bangkuruan Lahad Datu menuju ke Pekan Kunak untuk membeli barang keperluan harian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, bot berkenaan dipukul ombak sebelum terbalik menyebabkan mereka sekeluarga dihanyutkan arus,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Katanya, kedua-dua anak mangsa yang berumur 3 dan 5 tahun ditemukan lemas, ibunya,25, pula berjaya diselamatkan oleh orang awam, manakala bapanya,31, masih hilang pada hari kejadian.

“Mangsa yang hilang kemudiannya ditemukan lemas pada hari kedua operasi mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira jam 10.40 pagi di perairan pulau berkenaan.

“Ketiga-tiga mayat mangsa dibawa ke Hospital Kunak untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

Sabarudin menasihatkan orang awam supaya mengambil langkah keselamatan dan sentiasa berhati-hati semasa menjalankan aktiviti di laut terutamanya dalam keadaan cuaca yang tidak menentu.

“Orang awam yang menjadikan laut sebagai laluan perhubungan dinasihatkan memakai jaket keselamatan dan membawa keperluan peralatan keselamatan yang lain,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/01/14
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:19 PM GMT+8 , Processed in 0.216246 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list