CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 241|Reply: 0

[Sarawak] Limpahan air di Kampung Sejingkat terkawal, penduduk perlu terus waspada

[Copy link]
Post time 14-1-2022 04:21 PM | Show all posts |Read mode


Dr Hazland (dua kiri) bersama wakil daripada Unit Penguatkuasaan NREB semasa mengadakan tinjauan tapak limpahan air dari bukit di Kampung Sejingkat di sini.

KUCHING: Penduduk di sekitar kampung Sejingkat di sini diminta sentiasa berjaga-jaga dengan sebarang kemungkinan tanah runtuh susulan keadaan limpahan air hujan daripada bukit kampung tersebut.

Menteri Muda Tenaga dan Kelestarian Alam, Dr Hazland Abang Hipni berkata meskipun hasil tinjauan ke kawasan berkenaan mendapati limpahan berkenaan masih dalam keadaan terkawal namun tindakan berjaga-jaga perlu diambil.

"Keadaan ini berlaku disebabkan oleh fenomena hujan lebat sejak beberapa hari lepas namun keadaan dalam kawalan dan tiada kemungkinan untuk tanah runtuh.

"Bagaimanapun semua penduduk di kawasan sekitar diingatkan untuk sentiasa berjaga-jaga terhadap apa-apa sebarang kemungkinan," katanya.

Beliau berkata demikian semasa mengadakan tinjauan tapak limpahan bersama Unit Penguatkuasaan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) di Kampung Sejingkat, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut berkata sistem penyaliran air di kawasan berkenaan akan ditambah baik oleh agensi yang berkenaan.

Sebelum ini dilaporkan, tular sebuah video yang menunjukkan situasi cemas apabila berlaku limpahan air deras dari bukit menuruni ke kawasan perkampungan di Kampung Sejingkat Kuching pada Selasa lepas.

Menerusi video yang dikongsikan, menunjukkan hujan lebat dan mengakibatkan air deras melalui celahan kawasan perumahan.

Sementara itu, pada hari kejadian Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan, beberapa anggota dan pegawai telah ditugaskan memantau keadaan di sekitar kampung tersebut sebagai langkah persediaan menghadapi risiko yang lebih teruk.

Bagaimanapun tiada mangsa yang dilaporkan terjejas dan dipindahkan.


utusanborneo.com.my/2022/01/14
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:44 AM GMT+8 , Processed in 0.326415 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list