CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 265|Reply: 0

[Sarawak] Kerja penyambungan paip lewat punca gangguan air di Sarikei

[Copy link]
Post time 14-1-2022 04:19 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Gangguan bekalan air yang berlaku di beberapa kawasan di Sarikei berpunca daripada kelewatan kerja penyambungan paip baharu oleh kontraktor Pan Borneo.

Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) dalam kenyataan hari ini berkata notis berkenaan kerja-kerja penyambungan telah dikeluarkan dan sepatutnya siap semalam.

Bagaimanapun katanya, kerja-kerja penyambungan paip baharu jenis HDPE bersaiz 500mm itu tidak dapat disiapkan dan mengakibatkan lebih kurang 4,000 isi rumah terjejas.

“Jabatan telah menggesa pihak kontraktor Pan Borneo untuk menyiapkan kerja-kerja tersebut dengan segera hari ini bagi mengurangkan impak besar gangguan bekalan air kepada para pengguna di kawasan terjejas.

“Penghantaran bekalan air turut dilakukan oleh JBALB Sarikei dan pihak kontraktor sehingga keadaan kembali pulih seperti biasa,” katanya.

Dalam pada itu kawasan terjejas meliputi Jalan KJD Meradong, Skim B, seluruh kawasan Pakan, sepanjang Jalan Bulat dari Sungai (Sg) Rusa sehingga Sg Joh, Kesa Baron, Kesa, Jalan Onn Dian, Sg Garan, Jalan Friendship, Jalan Cola dan Simpang Pakan.

Manakala kawasan Pekan Bintangor, Sg Sian, Selidap, Bukit Papit dan kawasan Lebaan dijangka mengalami tekanan air rendah.

Segala kesulitan aman dikesali dan jabatan menghargai kesabaran tinggi daripada para pengguna.

Para pengguna juga boleh menghubungi Pusat Panggilan JBALB di talian 082-262211 untuk mendapatkan maklumat terkini.


utusanborneo.com.my/2022/01/14
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:32 AM GMT+8 , Processed in 0.196683 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list