CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 92|Reply: 0

[Sarawak] Mujur selamat, pikap terjunam dan terbalik di longkang

[Copy link]
Post time 14-1-2022 04:18 PM | Show all posts |Read mode


Anggota bomba sedang berusaha mengeluarkan mangsa cedera yang terperangkap dalam kenderaan tersebut.

MIRI: Seorang lelaki berdepan detik mencemaskan apabila kenderaan pikap yang dipandunya dipercayai hilang kawalan lalu terjunam dan terbalik di longkang yang berlaku di Jalan Friendship berdekatan bulatan di hadapan sebuah hotel di sini hari ini.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Miri Penguasa Kanan Bomba I Law Poh Kiong berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu sekitar jam 1.48 pagi.

"Sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Miri Sentral bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya kira-kira lima kilometer dari balai sejurus menerima panggilan tersebut.

"Sampai di lokasi kejadian, mendapati kemalangan melibatkan sebuah pikap yang dipandu dari arah pusat bandar menuju Jalan Airport dipercayai hilang kawalan dan terjunam ke dalam longkang," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Law berkata pemeriksaan bomba kemudiannya mendapati seorang mangsa lelaki berusia 37 tahun cedera ringan dan terperangkap di dalam kenderaan tersebut.

"Pasukan operasi bertindak mengeluarkan mangsa dari kenderaan dan diberi rawatan awal oleh anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

"Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak ambulans Hospital Miri yang berada di lokasi kejadian untuk tindakan susulan," ujarnya.

Operasi menyelamat mangsa terperangkap dalam kenderaan itu tamat kira-kira jam 2.35 pagi.


utusanborneo.com.my/2022/01/14
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

17-5-2022 11:21 PM GMT+8 , Processed in 1.392914 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list