CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 270|Reply: 0

[Sarawak] Lesen boleh dibatal jika guna bahan bahaya ikat bungkusan makanan

[Copy link]
Post time 14-1-2022 04:16 PM | Show all posts |Read mode


MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) bertindak mengharamkan penggunaan barangan bahaya seperti paku, stapler dan bahan berbahaya lain sebagai pengikat bungkusan makanan.

Dalam kenyataannya, Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam MBM memutuskan untuk memasukkan syarat khas itu dalam lesen perniagaan pengusaha dan pengendali makanan.

"Sekiranya pemegang lesen didapati melanggar mana-mana syarat lesen, lesen mereka boleh digantung dan dibatalkan," jelas kenyataan itu.

Syarat itu merupakan tambahan kepada 30 syarat keperluan dan kesihatan dikenakan MBM kepada peniaga makanan.

Baru-baru ini, kes viral seorang kanak-kanak tertelan paku pada nasi bungkus mendapat perhatian pengguna di seluruh negara.

Mangsa mengadu sakit perut sehingga perlu menjalani pembedahan kecemasan mengeluarkan paku berkenaan.

Larangan tentang penggunaan barangan berbahaya itu juga dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana boleh mendatangkan kecederaan serius kepada pengguna sekiranya tertelan atau termasuk dalam makanan.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, peniaga boleh didakwa di mahkamah atau dijatuhkan hukuman denda sekiranya menggunakan barangan berbahaya pada pembungkusan makanan.

Tambah kenyataan itu, stapler merupakan alat yang sering digunakan oleh pengusaha makanan untuk mengikat bungkus makanan kerana cepat, murah dan mudah digunakan.

Bagaimanapun, di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, Bab 2 (Perlindungan Makanan), Peraturan 36, semua pengusaha makanan perlu memastikan bahawa penyediaan, pembungkusan dan penyajian makanan adalah bebas daripada sebarang pencemaran.

Pencemaran yang dimaksudkan ialah zarah atau kekotoran yang berpotensi menimbulkan risiko kesihatan kepada pengguna sekiranya ia masuk ke dalam makanan dan ditelan.


utusanborneo.com.my/2022/01/14
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:46 PM GMT+8 , Processed in 0.088859 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list