CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 241|Reply: 0

[Sarawak] Sungai Batang Rajang pada paras berjaga-jaga

[Copy link]
Post time 14-1-2022 04:14 PM | Show all posts |Read mode


Keadaan paras air sungai di dermaga Kapit, pagi tadi.

KAPIT: Bacaan paras air sungai Batang Rajang menunjukkan berada pada tahap berjaga-jaga susulan hujan yang berterusan sepanjang malam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit, Erwandy Tugor berkata, sepasukan anggotanya telah dikerahkan untuk menjalankan pemantauan di sekitar dermaga Kapit (Batang Rajang) dan Kampung Muhibah (Sungai Kapit).

Beliau berkata, sehingga jam 8.15 pagi ini, bacaan di sungai mencatat peningkatan paras air ke tahap berjaga-jaga berbanding paras biasa sebelum ini.

"Sepanjang pemantauan kawasan jagaan didapati keadaan paras air naik 12.6 meter iaitu paras berjaga-jaga.

"Pemantauan juga mendapati cuaca adalah hujan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan banjir.


utusanborneo.com.my/2022/01/14
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:47 PM GMT+8 , Processed in 0.120259 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list