CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 261|Reply: 0

[Sarawak] Cadang tubuh entiti bekalan air bersepadu di Sarawak

[Copy link]
Post time 14-1-2022 04:13 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Kerajaan Sarawak bercadang menubuhkan entiti bekalan air bersepadu sebagai Pihak Berkuasa Air Negeri (SWA) bagi mentransformasikan hala tuju bekalan air di negeri ini.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Julaihi Narawi (gambar) berkata,  penubuhan badan itu sebagai sebuah badan korporat bekalan air sekali gus bagi mencapai aspirasi Sarawak mempunyai utiliti bertaraf dunia, menjimatkan, selamat dan mampan.

Menurutnya, sistem utiliti yang cekap dan berkesan termasuk bekalan air ini penting kerana ia bakal meningkatkan kesejahteraan ekonomi serta sosial di Sarawak.

"Bagaimanapun, setakat ini kajian itu dijalankan adalah untuk penyeliaan yang lebih proaktif dan pengurusan holistik sumber air.

"Ini bermakna menerusi penubuhan entiti tersebut, bekalan air dapat dilaksanakan secara mampan, penyediaan bekalan air selamat selain meningkatkan keberkesanan dan kecekapan operasi dan kemampanan kewangan," katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Bengkel Pembentukan Satu Entiti Bekalan Air dan Badan Korporat Bekalan Air, di sebuah hotel di sini hari ini.

Dalam pada itu, Julaihi menjelaskan, Ordinan Air 1994 menetapkan SWA mempunyai kawalan dan penyeliaan am ke atas semua pihak berkuasa bekalan air dan pengurusan semua sumber air serta kawasan tadahan air di negeri ini.

“Bagaimanapun, pada masa ini SWA adalah di bawah tanggungjawab Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi.

"Di bawah kementerian itu, empat agensi bekalan air iaitu Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB), Lembaga Air Kuching (KWB), Lembaga Air Sibu (SWB) dan Laku Management Sdn Bhd (LAKU) kekal sebagai pihak berkuasa bekalan air di Sarawak," ujar beliau.

Katanya lagi, tiada organisasi khusus untuk SWA melaksanakan fungsi kawal selia dengan berkesan dan cekap, walaupun beberapa peranan telah diwakilkan kepada agensi berkenaan.

Sementara itu, Julaihi yang juga ADUN Sebuyau menjelaskan, kementerian juga mula melaksanakan Grid Air Seluruh Negeri di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) selain daripada program Bekalan Air Alternatif Sarawak (SAWAS).

"Ia bertujuan memastikan penyediaan bekalan air yang boleh dipercayai, mampan dan berdaya tahan kepada rakyat Sarawak untuk jangka masa panjang.

"Di samping itu, pelbagai lembaran baharu untuk memodenkan infrastruktur utiliti semasa akan dimulakan selaras dengan agenda transformasi digital di Sarawak," jelasnya sambil menambah, ini termasuk mempertingkatkan pemeteran sistem dalam sektor utiliti.

Dalam perkembangan berkaitan, Julaihi menggesa semua agensi di bawah Kementerian Utiliti khasnya untuk bekerjasama ke arah merealisasikan aspirasi Sarawak menjadi negeri maju pada 2030.

Sehubungan itu, jelasnya semua agensi perlu bekerjsama untuk menyediakan perkhidmatan utiliti yang berdaya tahan, berkesan dan cekap di seluruh negeri ini.


utusanborneo.com.my/2022/01/14
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:29 AM GMT+8 , Processed in 0.064810 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list