CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 298|Reply: 0

[Sarawak] Kekerapan penerbangan ke Sarawak ditambah 562 seminggu mulai hari ini

[Copy link]
Post time 14-1-2022 04:11 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Kekerapan penerbangan ke Sarawak ditambah kepada 562 penerbangan seminggu berkuatkuasa hari ini.

Menteri Pengangkutan Dato Sri Lee Kim Shin (gambar) berkata kelulusan kekerapan penerbangan baharu diberikan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) selepas mengambil kira pelbagai faktor.

Antara faktor termasuklah peralihan Sarawak ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada 3 Januari lalu.  

Faktor lain, permintaan untuk tambahan penerbangan bagi sambutan Tahun Baru Cina serta jumlah kes harian positif COVID-19 yang rendah di negeri ini selain untuk mempromosikan industri pelancongan.

“Dengan penambahan kekerapan penerbangan ini, JPBNS telah mengarahkan semua syarikat penerbangan untuk kembali kepada normal dan menurunkan kadar tambang.

“Syarikat penerbangan juga diingatkan untuk membantu dan memastikan hanya penumpang yang lengkap vaksin dibenarkan memasuki pesawat.

“Ini sangat penting untuk memastikan prosedur operasi standard (SOP) baharu JPBNS dipatuhi dan mencegah COVID-19 daripada tersebar di negeri ini,” katanya dalam kenyataan.

Lee turut mengingatkan semua penumpang dan pelawat yang memasuki negeri ini untuk patuhi SOP ditetapkan Kementerian Kesihatan, Majlis Keselamatan Negara dan JPBNS.

Dalam pada itu semua syarikat penerbangan perlu mengesahkan jadual penerbangan mereka menerusi Aerofile kepada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM).

Kekerapan penerbangan dari luar Sarawak ke Kuching kini meningkat daripada 149 kepada 279 kali seminggu.

Manakala kekerapan penerbangan ke Miri ditambah daripada 61 kepada 127 kali seminggu, Sibu (45 kepada 83 kali seminggu), Bintulu (38 kepada 59 kali seminggu) manakala Limbang dan Mulu kekal tujuh kali seminggu.


utusanborneo.com.my/2022/01/14
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 10:32 PM GMT+8 , Processed in 0.053310 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list