CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 51|Reply: 0

[Sarawak] Rancangan pembangunan pelan induk bekalan air, elektrik, gas dan telekomunikasi diteruskan

[Copy link]
Post time 14-1-2022 04:06 PM | Show all posts |Read mode


Julaihi (tengah) tiba di sebuah hotel tempatan di sini bagi merasmikan Bengkel Pembentukan Satu Entiti Bekalan Air dan Badan Korporat Bekalan Air.

KUCHING: Kementerian Utiliti dan Komunikasi akan meneruskan strategi dan rancangan pembangunan pelan induk untuk bekalan air, elektrik, pengagihan gas dan telekomunikasi di seluruh negeri ini.

Menterinya, Datuk Julaihi Narawi berkata, kesemua projek berkenaan akan diteruskan seperti yang dicadangkan di bawah Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030).

Beliau memberitahu, pihaknya memastikan komitmen itu bakal tercapai bagi memastikan Sarawak mempunyai utiliti bertaraf dunia selaras dengan aspirasi untuk menjadi negeri maju menjelang 2030.

"Selain pembangunan rangkaian bekalan gas, kementerian juga komited memastikan projek-projek utama seperti Grid Bekalan Air Sarawak, meningkatkan dan mengekalkan sistem bekalan elektrik turut dilaksanakan.

"Kementerian juga perlu memastikan liputan telekomunikasi akan diperluaskan ke seluruh negeri bagi mempercepatkan agenda ekonomi digital, selain sasaran mencapai 100 peratus bekalan air dan liputan elektrik menjelang 2025.


utusanborneo.com.my/2022/01/14
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

18-5-2022 06:16 PM GMT+8 , Processed in 0.082379 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list