CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5062|Reply: 12

[Lain-lain] ...Keadaan banjir di Sabah dan keperluan untuk mangsa...

  [Copy link]
Post time 14-1-2022 03:43 PM | Show all posts |Read mode
Edited by seribulan at 21-12-2022 04:19 PM

Banjir di Sabah memburuk   Yun Mikail -             Januari 3, 2022 @ 10:22am            bhnews@bh.com.my


Beberapa rumah di Kampung Sungai Manjang, Sandakan ditenggelami banjir. - Foto BERNAMA


KOTA KINABALU: Seramai 2,435 orang mangsa banjir di negeri ini ditempatkan di 23 pusat pemindahan sementara (PPS) berikutan banjir di beberapa daerah kian memburuk.
Setakat jam 9 pagi, 874 keluarga di enam daerah terjejas akibat banjir di Kota Marudu, Paitan, Beluaran, Telupid, Sandakan dan Pitas.
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah berkata, bilangan terbabit terus meningkat berbanding 1,826 mangsa membabitkan 599 keluarga setakat tengah malam tadi.
Disyorkan Untuk Anda









"Kota Marudu kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi pagi ini dengan seramai 1,952 orang daripada 779 keluarga ditempatkan di 12 PPS.
"Sandakan daerah kedua paling ramai merekodkan mangsa banjir iaitu 197 orang membabitkan 42 keluarga manakala seramai 97 penduduk terjejas banjir daripada 23 keluarga di Paitan.

"Beberapa daerah lain yang turut mencatatkan mangsa banjir ialah Pitas (79 mangsa, 22 keluarga), Telupid (51 mangsa, lapan keluarga) dan Beluran (38 mangsa, 10 keluarga)," katanya dalam kenyataan, hari ini.
APM Sabah turut menasihatkan orang awam khususnya yang tinggal di kawasan rendah atau berhampiran sungai untuk berwaspada dan peka dengan keadaan cuaca ketika ini berikutan tidak menentu.

Keadaan banjir di daerah Beluran. - Foto PDRM
Keadaan banjir di daerah Beluran. - Foto PDRM
Keadaan banjir di daerah Beluran. - Foto PDRM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-1-2022 03:44 PM | Show all posts
Pascabanjir | Banjir Sabah pulih, semua PPS ditutupBanjir di Sabah pulih sepenuhnya apabila tiga lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) membabitkan dua di Telupid dan satu di daerah Kecil Paitan ditutup sepenuhnya.
Januari 8, 2022 10:26 MYT




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2022 03:44 PM | Show all posts
Banjir Sabah pulih, semua PPS ditutupBernama
Januari 7, 2022 23:10 MYT





Banjir di Sabah pulih sepenuhnya apabila tiga lagi pusat pemindahan sementara (PPS) membabitkan dua di Telupid dan satu di Daerah Kecil Paitan ditutup sepenuhnya pada 6.20 petang hari ini. - Gambar fail


KOTA KINABALU: Banjir di Sabah pulih sepenuhnya apabila tiga lagi pusat pemindahan sementara (PPS) membabitkan dua di Telupid dan satu di Daerah Kecil Paitan ditutup sepenuhnya pada 6.20 petang hari ini.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan kesemua 55 orang mangsa daripada 15 keluarga telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas berada di tiga PPS itu sejak seminggu lepas.

Hujan berterusan sejak malam Khamis lepas di beberapa daerah di kawasan Pantai Timur dan Utara Sabah menyebabkan penduduk kampung yang terjejas akibat banjir terpaksa dipindahkan ke PPS apabila air sungai melimpah dan menenggelamkan kediaman masing-masing.

Daerah yang terjejas banjir termasuk Kota Marudu, Pitas, Telupid, Daerah Kecil Paitan dan Sandakan melibatkan lebih 3,000 mangsa di 27 PPS.
Sementara itu, laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan berlaku ribut petir di satu dua tempat di Sabah pada malam ini.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2022 03:45 PM | Show all posts
Banjir Sabah: Jumlah mangsa turun kepada 3,347 orangEleanor Michelle Patrick
Januari 5, 2022 14:57 MYT





Keadaan salah sebuah perkampungan yang terjejas banjir di Kota Marudu.- Astro AWANI


KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir di Sabah menurun sedikit kepada 3,347 orang setakat jam 1 petang ini, berbanding 3,385 orang dilaporkan pagi tadi.
Menurut kemas kini yang dikeluarkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah, jumlah itu melibatkan 1,319 ketua isi rumah (KIR) keseluruhannya.
Jumlah berkenaaan dilaporkan daripada enam daerah di negeri ini, iaitu Kota Marudu, daerah kecil Paitan, Pitas, Beluran, Sandakan dan Telupid.

Kota Marudu merupakan daerah yang mencatat jumlah mangsa tertinggi dengan 2,668 orang, diikuti Pitas (319 mangsa), Telupid (216 mangsa), daerah kecil Paitan (99 mangsa) serta Sandakan (45 mangsa).

Kesemua mangsa yang terjejas ditempatkan di 29 pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di daerah-daerah berkenaan.
Sementara itu, sebanyak 14 PPS diaktifkan di Kota Marudu, tujuh PPS di Telupid, empat PPS di Pitas, tiga PPS di daerah kecil Paitan dan satu PPS di Sandakan.
Menurut laporan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah pecahan mangsa yang terlibat adalah 909 lelaki dewasa, 1,045 perempuan dewasa, 731 kanak-kanak lelaki serta 662 kanak-kanak perempuan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2022 04:35 PM | Show all posts
Mangsa kebakaran, banjir wajar terima bantuan sama - Siti ZailahBernama
Januari 13, 2022 19:40 MYT





Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff berkata sehubungan itu, pihaknya akan membawa cadangan untuk memberikan bantuan yang sama rata untuk mangsa banjir dan kebakaran ke pihak atasan untuk dipertimbangkan. - Gambar fail/BERNAMA


TAWAU: Mangsa kebakaran rumah dilihat wajar menerima bantuan sama seperti mangsa bencana banjir yang diumumkan kerajaan kerana mereka juga kehilangan rumah dan harta benda sepenuhnya dalam kejadian tersebut.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff berkata sehubungan itu, pihaknya akan membawa cadangan untuk memberikan bantuan yang sama rata untuk mangsa banjir dan kebakaran ke pihak atasan untuk dipertimbangkan.
"Kita cuba sampaikan misalnya kalau mangsa banjir ada bantuan wang ihsan dan mereka yang 'total lost' (kerugian sepenuhnya) ada bantuan rumah, jadi mangsa kebakaran rumah ini juga berdepan masalah sama, sebaiknya mereka juga dipertimbangkan mendapat bantuan sama.

"Saya melawat 40 keluarga di Kampung Sungai Buaya, Tawau Lama, mereka ini mangsa kebakaran Ahad lepas dan hari ini kita menyalurkan sumbangan Tabung Bencana Jabatan Kebajikan, selain itu kementerian akan melihat keperluan lain dan kita bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk membantu mereka," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat mangsa kebakaran Kampung Sungai Buaya yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara berhampiran Masjid Habib Abdul Rahman, Batu 2 di sini hari ini.

Dalam pada itu, Siti Zailah berkata mangsa kebakaran berkenaan turut mendapat bantuan daripada kerajaan negeri termasuk badan bukan kerajaan yang turun padang memberikan sumbangan antaranya kit makanan dan pakaian.
Sementara itu, mangsa kebakaran Ghani Sabturani, 70, bingung memikirkan nasib keluarga yang tidak mempunyai rumah untuk didiami jika pusat pemindahan sementara yang diduduki ketika ini ditutup kelak.

"Saya harap kerajaan bantu untuk dapatkan rumah seperti program perumahan rakyat (PPR), saya tidak ada rumah lain, terpaksa menyewa selepas ini dengan anak dan cucu-cucu lagi, kerana rumah sendiri sudah terbakar, barang semua musnah," katanya.
Bagi Jocelyn Abdullah, 23, berharap kerajaan dapat menyediakan bantuan rumah sekurang-kurang rumah PPR untuk disewakan kepada mangsa kebakaran dengan harga murah.

"Ketika ini saya dan dua anak serta suami menumpang di rumah ibu saya di Batu 4, tapi malu mahu susahkan ibu bapa," katanya sambil berkongsi ketika kejadian, dia berlari keluar rumah berkaki ayam dengan mengendong dua anaknya, selepas tersedar daripada tidur dan melihat dinding bilik terbakar.
Pada Ahad lepas, 40 rumah musnah terbakar di Kampung Sungai Buaya, Tawau Lama di sini membabitkan 312 mangsa dengan sepasang suami isteri rentung dan tujuh melecur dalam kejadian 12.20 tengah malam itu.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2022 11:17 AM | Show all posts

Berdasarkan analisis model MET Malaysia Weather Research and Forecasting Model (MET-WRF), European Centre for Medium-Range Weather Forecasts (ECMWF) dan Global Forecast System (GFS), penumpuan angin yang berlaku di Sarawak dijangka berterusan sehingga 15 Januari 2022.  Manakala angin kencang di timur Sabah dijangka berlaku dalam tempoh 16 hingga 18 Januari 2022.  Keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan di kawasan berkenaan.


MET Malaysia telah mengemas kini Amaran Hujan Berterusan (Waspada) melibatkan negeri Sarawak dan Sabah pada 1:00 tengah hari, 14 Januari 2022.


Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora (Kategori Pertama) juga telah dikeluarkan bagi perairan pantai Sarawak dan Sabah diramal berterusan sehingga 20 Januari 2022.


Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.


Ketua Pengarah                                 
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)
Kementerian Alam Sekitar dan Air
Masa dikeluarkan : 3:00 petang
Tarikh: 14 Januari 2022


#metmalaysia
#KementerianAlamSekitarDanAir
#cuacasignifikan
#MenangBersama
#KeluargaMalaysiaSiagaBencana

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-1-2022 11:53 AM | Show all posts
                                                

                                                                                                                                                                                Laban Rata (G.Kinabalu) 10.1°C                                    
11:40 AM 17/01/2022

                                
                                                                    Jumlah hujan (10min)
                                                                        0 mm
                                
                                                                    Tekanan
                                                                        689.6 mb
                                
                                                                    Kelajuan Angin
                                                                        3.6 m/s
                                
                                                                    Arah Angin
                                                                        SW
                                
                                                                    Kelembapan
                                                                        79.6%
                                
                                                                                                                                                                                                        

            

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2022 12:01 PM | Show all posts
Fasa Monsun Timur Laut telah bermula pada 03 November 2021 dan ia dijangka akan
berterusan sehingga Mac 2022. Sepanjang tempoh monsun ini, negara lebih cenderung
menerima tiupan angin yang lebih kencang dan berterusan dari arah timur laut dengan kelajuan
di antara 10 hingga 20 kilometer sejam. Beberapa siri hujan lebat secara menyeluruh dijangka
akan berlaku terutama di negeri-negeri pantai timur Semenanjung, barat Sarawak dan timur
Sabah.

Seluruh Negeri Sabah dijangka menerima hujan sedikit melebihi purata iaitu antara 150 mm hingga 600 mm. Manakala di Wilayah Persekutuan Labuan dijangka menerima hujan sedikit melebihi purata antara 250 mm hingga 300 mm.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-1-2022 12:07 PM | Show all posts
Pada Mei 2022, keadaan cuaca Negara dijangkakan akan dipengaruhi oleh fasa Monsun Barat
Daya dan pada bulan ini kebanyakan negeri di Semenanjung dijangka menerima hujan pada
paras purata antara 100 mm hingga 350 mm. Di seluruh Negeri Sabah pula dijangka menerima hujan pada paras purata antara 50 mm hingga 250 mm. Manakala bagi Wilayah Persekutuan Labuan dijangka akan menerima hujan pada paras purata antara 250 mm sehingga 350 mm.

Bagi bulan Jun 2022, semua negeri di Semenanjung akan menerima hujan pada paras purata
antara 50 mm hingga 250 mm.  Di seluruh Negeri Sabah pula dijangka menerima hujan pada
paras purata antara 100 mm hingga 350 mm. Manakala bagi Wilayah Persekutuan Labuan
dijangka akan menerima hujan pada paras purata antara 250 mm sehingga 350 mm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2022 09:03 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2022 09:04 AM | Show all posts

Bantuan Sabah Prihatin 3.0

Semakan Status

No. Kad Pengenalan Baru

Isikan huruf/nombor yang anda lihat

Semak
Sila rujuk bahagian bawah untuk maklumat perhubungan agensi
Hak Cipta Terpelihara ©2021 Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri
SILA HUBUNGI KEMENTERIAN/JABATAN UNTUK PERTANYAAN LANJUT
Kementerian/Jabatan
Kementerian Pertanian Dan Perikanan
Jabatan Pertanian Sabah (DOA)
Kategori
Petani
No. Telefon
013 883 2665
Jabatan Perikanan Sabah (DOF) / Ko-Nelayan/LKIM
Kategori
Nelayan
No. Telefon
016 806 3681
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah (DVS)
Kategori
Penternak
No. Telefon
013 552 2211
Koperasi Pembangunan Desa (KPD)
Kategori
KPD
No. Telefon
013 850 8755
Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS)
Kategori
Pekebun Kecil Getah
No. Telefon
011 1512 3903
Lembaga Koko Malaysia (LKM)
Kategori
Pekebun Kecil Koko
No. Telefon
010 253 9189
Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS)
Kategori
LKTNS
No. Telefon
013 870 1779
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)
Kategori
Pekebun Sawit
No. Telefon
014 596 3257
Kementerian/Jabatan
Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan
Kategori
Penjaja KKTP
No. Telefon
011 5418 1400
Kementerian/Jabatan
Kementerian Kerja Raya
Kategori
Pemandu Teksi
Pemandu Lori
Pemandu Bas
Pemandu Bot
Institusi Memandu
No. Telefon
088 255375
Kementerian/Jabatan
Kementerian Pembangunan Luar Bandar
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK)
Kategori
Miskin
Miskin Tegar
eKasih
No. Telefon
088 521800 (HQ)
088 244000 (CPS)
Majlis Perbandaran Tawau (MPT)
Kategori
Miskin
Miskin Tegar
eKasih
No. Telefon
089 701698
089 701699
Majlis Sandakan (MPS)
Kategori
Miskin
Miskin Tegar
eKasih
No. Telefon
089 272149
089 211944
089 226442
089 211404
Pejabat Daerah Beaufort
Kategori
Miskin
Miskin Tegar
eKasih
No. Telefon
087 211533
087 201208
087 201209
Pejabat Daerah Beluran
Kategori
Miskin
Miskin Tegar
eKasih
No. Telefon
089 511212
089 511213
089 511214
089 511215
Pejabat Daerah Kalabakan
Kategori
Miskin
Miskin Tegar
eKasih
No. Telefon
089 799697
Pejabat Daerah Kecil Banggi
Kategori
Miskin
Miskin Tegar
eKasih
No. Telefon
088 635400
Pejabat Daerah Kecil Kemabong
Kategori
Miskin
Miskin Tegar
eKasih
No. Telefon
087 733490
087 734490
087 737477
Pejabat Daerah Kecil Matunggong
Kategori
Miskin
Miskin Tegar
eKasih
No. Telefon
088 613758
088 613761
088 613760
088 613762
088 613766
088 613764
Pejabat Daerah Kecil Membakut
Kategori
Miskin
Miskin Tegar
eKasih
No. Telefon
087 887964
087 887963
Pejabat Daerah Kecil Menumbok
Kategori
Miskin
Miskin Tegar
eKasih
No. Telefon
087 831104
087 831105
087 831454
087 831455
Pejabat Daerah Kecil Pagalungan
Kategori
Miskin
Miskin Tegar
eKasih
No. Telefon
089 845107
089 845109
Pejabat Daerah Kecil Paitan
Kategori
Miskin
Miskin Tegar
eKasih
No. Telefon
089 262144
089 262122
089 262133
Pejabat Daerah Kecil Sook
Kategori
Miskin
Miskin Tegar
eKasih
No. Telefon
087 365912
087 365184
Pejabat Daerah Kecil Tamparuli
Kategori
Miskin
Miskin Tegar
eKasih
No. Telefon
088 782357
088 782358
Pejabat Daerah Kecil Tungku
Kategori
Miskin
Miskin Tegar
eKasih
No. Telefon
089 871241
089 871242
Pejabat Daerah Keningau
Kategori
Miskin
Miskin Tegar
eKasih
No. Telefon
087 301509
087 301503
Pejabat Daerah Kinabatangan
Kategori
Miskin
Miskin Tegar
eKasih
No. Telefon
089 561811
089 561812
089 561813
Pejabat Daerah Kota Belud
Kategori
Miskin
Miskin Tegar
eKasih
No. Telefon
088 976621
088 976622
088 976623
088 976624
Pejabat Daerah Kota Marudu
Kategori
Miskin
Miskin Tegar
eKasih
No. Telefon
088 661416
088 661417
088 661420
Pejabat Daerah Kuala Penyu
Kategori
Miskin
Miskin Tegar
eKasih
No. Telefon
087 884364
087 884715
087 884900
Pejabat Daerah Kudat
Kategori
Miskin
Miskin Tegar
eKasih
No. Telefon
088 620415
088 620409
088 620406
088 620415
088 620410
Pejabat Daerah Kunak
Kategori
Miskin
Miskin Tegar
eKasih
No. Telefon
089 852273
089 851273
089 851478
Pejabat Daerah Lahad Datu
Kategori
Miskin
Miskin Tegar
eKasih
No. Telefon
089 881177
089 881518
Pejabat Daerah Nabawan
Kategori
Miskin
Miskin Tegar
eKasih
No. Telefon
087 366211
Pejabat Daerah Papar
Kategori
Miskin
Miskin Tegar
eKasih
No. Telefon
088 913510
088 913517
Pejabat Daerah Penampang
Kategori
Miskin
Miskin Tegar
eKasih
No. Telefon
088 711041
088 711092
088 711053
088 711567
088 711005
088 711002
Pejabat Daerah Pitas
Kategori
Miskin
Miskin Tegar
eKasih
No. Telefon
088 615760
088 615780
Pejabat Daerah Putatan
Kategori
Miskin
Miskin Tegar
eKasih
No. Telefon
088 771501
088 771502
Pejabat Daerah Ranau
Kategori
Miskin
Miskin Tegar
eKasih
No. Telefon
088 877881
088 875253
Pejabat Daerah Semporna
Kategori
Miskin
Miskin Tegar
eKasih
No. Telefon
089 781518, ext 106
Pejabat Daerah Sipitang
Kategori
Miskin
Miskin Tegar
eKasih
No. Telefon
087 821963
087 821437
087 821426
Pejabat Daerah Tambunan
Kategori
Miskin
Miskin Tegar
eKasih
No. Telefon
087 771800
087 774225
Pejabat Daerah Telupid
Kategori
Miskin
Miskin Tegar
eKasih
No. Telefon
089 521732
Pejabat Daerah Tenom
Kategori
Miskin
Miskin Tegar
eKasih
No. Telefon
087 735477
087 735607
Pejabat Daerah Tongod
Kategori
Miskin
Miskin Tegar
eKasih
No. Telefon
087 748881
Pejabat Daerah Tuaran
Kategori
Miskin
Miskin Tegar
eKasih
No. Telefon
088 788513
088 788514
088 788515
088 788359
088 788518
Kementerian/Jabatan
Kementerian Pelancongan, Kebudayaan Dan Alam Sekitar
Kategori
Pemandu Pelancong
Penggiat Seni
Divemaster
Malim Gunung
Porter
No. Telefon
010 931 1409
Kementerian/Jabatan
Lembaga Pelancongan
Kategori
Freelance Tour Guide
No. Telefon
088 212121
088 218620
088 219310
014 957 8466
Kementerian/Jabatan
Jabatan Hal Ehwal Wanita
Kategori
Ibu Tunggal
No. Telefon
011 3160 6200
010 6614 265
016 862 7653
Kementerian/Jabatan
Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am
Kategori
Bantuan Am
Bantuan Anak Yatim
Kebajikan Persekutuan
Orang Kurang Upaya
Bantuan Orang Tua
Bantuan Kanak-Kanak
Pesara Tentera
No. Telefon
019 811 3750
012 837 4760
Kementerian/Jabatan
Jabatan Pembangunan Perindustrian Dan Penyelidikan
Kategori
Usahawan Mikro & Kotej
No. Telefon
011 2548 0688
Kementerian/Jabatan
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu
Kategori
Penjaja DBKK
No. Telefon
014 606 3808
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2022 05:25 PM | Show all posts
Banjir Sabah: 1,330 mangsa banjir di Beaufort dan Tenom dipindahkan ke PPSEleanor Michelle Patrick
Mei 11, 2022 03:52 MYT

Seramai 1,330 daripada 452 keluarga dipindahkan ke 13 pusat pemindahan sementara (PPS), di dua daerah di Sabah. - Ihsan APM Sabah
KOTA KINABALU: Seramai 1,330 daripada 452 keluarga dipindahkan ke 13 pusat pemindahan sementara (PPS), di dua daerah di Sabah, setakat 8 pagi Rabu.
Kemas kini Sekretariat Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dua daerah terlibat ialah Beaufort dan Tenom.

Sebanyak 12 PPS dibuka di daerah Tenom antaranya Rumah Kebudayaan Batu-Batu; Rumah Kebudayaan Pantangon Saga; Sekolah Kebangsaan Mandalam; dan Dewan Masyarakat Sri Antenom.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2022 05:33 PM | Show all posts







BEAUFORT: ‘Raya mengejut, banjir pun mengejut’.
Demikian kata, Marhumah Arifin, 50, yang terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Selagon akibatbanjir yang melanda kampung mereka sejak semalam.

Demikian kata, Marhumah Arifin, 50, yang terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Selagon akibat banjir yang melanda kampung mereka sejak semalam.
Beliau berkata, hampir setiap tahun mereka terpaksa berpindah ke PPS apabila banjir naik sehingga ke dalam rumah.
“Setiap tahun juga mereka perlu menukar tikar selepas dilanda banjir.
“Ada kalanya belum pun sempat tukar tikar baharu, rumah mereka dilanda banjir sekali lagi,” katanya ketika ditemui di PPS Dewan Selagon, hari ini.
Sementara itu, anak tunggalnya Wahyuni Mohd. Zaidi, 24, berkata, kedua ibu bapanya sudah berhadapan dengan masalah banjir itu sejak 1996 lagi dan hampir setiap tahun rumah mereka pasti akan dilanda banjir kerana terletak berhampiran dengan sungai.

JALAN Bypass Limbawang, Beaufort antara laluan utama yang dinaiki air
Katanya, kali ini, mereka sempat mengemas barangan serta biskut raya untuk diletakkan di tempat tinggi sebelum berpindah ke PPS pada pukul 3 pagi tadi.
Masih ada saki baki biskut raya yang disimpan untuk membolehkan mereka sambung beraya selepas banjir pulih.
Pegawai Daerah Beaufort, Mohd. Nazri Ajun berkata, banjir yang melanda daerah itu berpunca daripada hujan lebat yang turun semalam serta Empangan Hidro Pangi yang dibuka hingga menyebabkan air sungai melimpah ke kawasan yang rendah di daerah ini.
Beliau berkata, di PPS Selagon, sebanyak 218 mangsa banjir dari Kampung Bakalau manakala, sebuah lagi PPS iaitu Dewan Datuk Seri Panglima Mohd. Dun Banir baharu dibuka hari ini jadi, jumlah mangsa dipindahkan belum diterima.
Jelas beliau, secara keseluruhan sebanyak 56 kampung yang terjejas namun, bukan semua mangsa perlu dipindahkan ke PPS.
Tambahnya, keadaan banjir di Beaufort masih terkawal dan dijangka akan pulih dengan cepat sekiranya hujan tidak berterusan.-UTUSAN




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:02 PM GMT+8 , Processed in 0.143743 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list