CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: seribulan

[Lain-lain] ...Keadaan banjir di Terengganu dan keperluan untuk mangsa...

  [Copy link]
 Author| Post time 21-12-2022 04:53 PM | Show all posts
Mangsa banjir Terengganu meningkat kepada 40,000




Keadaan mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Sekolah Rendah Kuala Besut Satu selepas kawasan sekitar tersebut dilanda banjir sejak semalam. FOTO BERNAMA




Setiu: Keadaan banjir di Terengganu semakin meruncing apabila seramai 40,456 mangsa berada di 299 pusat pemindahan sementara (PPS).
Ia menunjukkan peningkatan berbanding hanya seramai 39,500 mangsa di 299 PPS, malam tadi.
Setakat 8 pagi, Kemaman masih menjadi daerah yang merekodkan jumlah mangsa teramai dan semua lapan daerah masih terjejas akibat bencana berkenaan.
Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, seramai 9,147 mangsa daripada 2,441 keluarga berasa di 30 PPS di Kemaman.
Ia diikuti daerah Besut yang kini mengaktifkan 88 PPS bagi menempatkan 2,265 keluarga membabitkan 8,536 mangsa.
Seramai 5,893 mangsa daripada 1,952 keluarga pula dipindahkan ke 49 PPS di Hulu Terengganu, manakala di Dungun, seramai 4,419 orang terjejas.
Di Setiu, seramai 4,352 orang berada di 52 PPS, manakala di Kuala Nerus, jumlah mangsa meningkat kepada 3,597 orang daripada 862 keluarga yang dipindahkan ke 16 PPS.
Di Kuala Terengganu, 12 PPS diaktifkan bagi menempatkan 2,777 mangsa daripada 752 keluarga.
Marang masih mencatatkan jumlah mangsa terendah apabila 1,735 mangsa berada di 12 PPS.


Disiarkan pada: Disember 21, 2022 @ 9:00am



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-12-2022 04:55 PM | Show all posts
KUALA TERENGGANU - Tular di media sosial dakwaan bahawa Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar tiada ketika rakyat di negeri itu berdepan gelombang kedua bencana banjir.
Dakwaan itu turut dibuat Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam menerusi siaran langsung di media sosialnya pada malam Selasa.


Selain itu, beberapa tangkap layar tiket penerbangan pemimpin berkenaan ke Auckland, New Zealand turut tular dan dikongsikan hampir di semua platform media sosial.
Bagaimanapun, sebelum ini Ahmad Samsuri dilihat melawat di beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) di sekitar Kuala Terengganu, Marang dan Kuala Nerus pada 9 Disember lalu.


Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bencana Terengganu, Hanafiah Mat berkata, ketiadaan Menteri Besar itu di Terengganu ketika ini tidak menjadi isu kerana persiapan banjir telah dibuat secara rapi.
"Segala gerak kerja bagi pengurusan bencana di Terengganu telah diatur dan kesemua anggota penyelamat di lapangan termasuk bekalan makanan bagi mangsa banjir mencukupi.

"Saya sangat berpuas hati dengan persediaan dan kesiapsiagaan kita berdepan bencana yang saban tahun dihadapi rakyat negeri ini. Jadi, soal MB tiada di Terengganu ketika ini bukan menjadi isu.
"Apa yang menjadi isu ialah sekiranya terdapat PPS yang tidak mencukupi, mangsa bencana tidak cukup makanan dan seumpamanya," ujar beliau.

Artikel Berkaitan:




Hanafiah yang juga Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, dan Perpaduan Nasional Terengganu berkata, semua pihak memainkan peranan dengan baik sepanjang berdepan bencana kali ini.
"Sebagai Timbalan Pengerusi Pengurusan Bencana negeri, saya sangat berpuas hati dengan gerak kerja yang diaturkan semua petugas banjir sama ada di lapangan untuk menyelamat atau di PPS.
"Semua exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di kawasan masing-masing memainkan peranan dan turun ke kawasan masing-masing untuk membantu mangsa banjir," kata beliau.

Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:56 AM GMT+8 , Processed in 0.041531 second(s), 23 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list