CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 403|Reply: 1

[Pulau Pinang] Lelaki dikhuatiri lemas terjun Jambatan Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 14-1-2022 01:17 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki dikhuatiri lemas terjun Jambatan Pulau Pinang

Oleh Zuhainy Zulkiffli - Januari 14, 2022 @ 12:14pmbhnews@bh.com.my




Anggota Maritim Malaysia Pulau Pinang melakukan operasi pencarian seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjun dari Jambatan Pulau Pinang. - Foto ihsan Maritim Malaysia


GEORGETOWN: Seorang lelaki dikhuatiri lemas dipercayai terjun dari Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 3.4 dari arah Perai, malam tadi.

Mangsa dikenal pasti sebagai sebagai Goh Chun Kiang, 48, dari Butterworth di sini.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 10.40 malam.

Beliau berkata, sejurus selepas itu agensi berkenaan mengatur gerak Bot Kilat 4 ke lokasi kejadian bagi melakukan pencarian mangsa.

"Terdapat kenderaan dan barangan peribadi ditemui di atas jambatan itu dan dipercayai milik mangsa.

"Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) ditubuhkan di Jeti Polis Marin Batu Uban bagi meneruskan pencarian yang turut membabitkan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Pasukan Polis Marin," katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang awam boleh melaporkan sebarang penemuan, kecemasan atau kemalangan di laut menerusi talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Pulau Pinang di talian 04-2626146.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2022 10:32 PM | Show all posts
bersangka baik...member tgh blajar skill terjun...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:22 PM GMT+8 , Processed in 0.052903 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list